Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Feri Baharu Pengkalan Kubor-Takbai Dijangka Mula Beroperasi Tahun Depan – Ahmad Maslan

Hannah
feri baharu kubor takbai
Sumber: BERNAMA

Feri Baharu Pengkalan Kubor-Takbai Dijangka Mula Beroperasi Tahun Depan – Ahmad Maslan

GUA MUSANG, 6 Ogos (Bernama) — Feri Sri Tanjong yang digunakan sejak 20 tahun lepas untuk membawa penumpang dan kenderaan dari Pengkalan Kubor, Kelantan ke Takbai, Thailand akan diganti dengan yang baharu serta dijangka mula beroperasi pada awal tahun depan.

Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Ahmad Maslan berkata feri milik Jabatan Kerja Raya (JKR) itu, yang pertama kali diganti, akan membabitkan kos sebanyak RM8 juta.

“Jarang kita dapat maklumat bahawa JKR terlibat dengan feri tetapi pemilik feri itu adalah JKR, jadi kita akan melakukan pembaharuan bagi feri lama yang berusia lebih 20 tahun itu,” katanya kepada pemberita ketika melawat Pusat Media Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Nenggiri di sini hari ini.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO itu berkata feri baharu juga lebih selamat dan bersaiz lebih besar yang mampu memuatkan lebih ramai pengguna serta kenderaan.

BACA: Program Kembara Jom Platform Terima Maklum Balas Dan Pandangan Pelan Transisi Kepimpinan Belia

Beliau juga berkata pembinaan Jambatan Kembar yang menghubungkan Rantau Panjang di Kelantan dan Sungai Golok di Narathiwat akan membuka era baharu hubungan Malaysia-Thailand.

Ahmad berkata jambatan empat lorong yang menelan belanja RM40 juta hingga RM50 juta itu dijangka mampu menampung jumlah kenderaan lebih banyak serta memudahkan pergerakan keluar masuk antara Malaysia dan Thailand.

Mengambil berat arahan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang ingin melihat projek itu segera beroperasi, Ahmad memberi jaminan bahawa projek melibatkan imej Malaysia-Thailand tersebut akan dilaksanakan dengan pantas.

Sabtu lepas, Anwar dan rakan sejawatnya dari Thailand iaitu Srettha Thavisin melakukan lawatan kerja ke Sungai Golok di Thailand serta Rantau Panjang di Malaysia untuk menilai kemajuan projek naik taraf jambatan Rantau Panjang-Sungai Golok.

BACA: PEUGEOT 408 Sebagai Inspirasi, KLFW Designer Search 2024 Perkenal 3 Bintang Fesyen Baharu

BACA: Individu Ceroboh Landasan Kereta Api Di Tanah Merah, KTMB Tidak Kompromi

Sumber: BERNAMA