Siakap Keli
pelajar maut dihempap durian
Gambar: Bernama

Pelajar Tingkatan Lima Maut Dihempap Pokok Durian

Pelajar Tingkatan Lima Maut Dihempap Pokok Durian

SIK, 6 Julai (Bernama) — Seorang pelajar tingkatan lima yang dalam perjalanan ke sekolah maut selepas dihempap pokok durian di Kampung Charuk Sireh di sini pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Sik DSP Abdull Razak Osman berkata ketika kejadian mangsa Muhammad Assif Md Zahid, 17, dikatakan menunggang motosikal bersendirian menuju ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Batu Lapan.

Beliau berkata pihaknya mendapat laporan daripada ibu mangsa pada 7.44 pagi yang memaklumkan mengenai kejadian itu.

BACA: Wanita Nyaris Maut Dihempap Kayu Balak Ketika Menunggu Lampu Isyarat

“Siasatan awal telah dijalankan dan tidak menemui sebarang kesan jenayah atau khianat. Mayat mangsa telah dibawa ke Unit Forensik Hospital Sik untuk tindakan selanjutnya,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Difahamkan kawasan tersebut mengalami hujan sepanjang malam hingga pagi tadi dan tiada saksi yang melihat kejadian itu.

Sumber: BERNAMA

BACA: Kekurangan Bukan Penghalang, Wanita OKU Pendengaran & Pertuturan Capai Impian Jadi Ketua Chef

Sofea

Iqra'.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.