Panipak Wongpattanakit Pertahan Emas Taekwondo 49 KG Wanita, Umum Bersara
PARIS — Atlet taekwondo wanita Thailand, Panipak Wongpattanakit mengakhiri karier dengan satu kilauan emas Olimpik pertama Thailand semalam selepas berjaya mempertahankan kejuaraan pada edisi sebelum ini.
Menurut Thai PBS World, Panipak berjaya berjaya menewaskan lawan dari China Guo Qing dengan 6-3, 2-3, 6-2, dalam kategori flyweight taekwondo wanita.
Kemenangan atlet berusia 29 tahun itu menjadikannya satu-satunya atlet dari negara itu yang berjaya mempertahankan pingat emas di dua pentas Olimpik.
Dia mengesahkan persaraannya selepas meraikan kemenangan itu sejurus melompat dan memeluk jurulathnya.
“Saya sedang alami kesakitan. Saya mengalami patah lutut, buku lali saya dan pinggul saya dua tahun lalu. Sekarang, saya perlu bersara.
“Saya ada gimnasium di Thailand, jika mahu berlatih dengan saya, datang ke Thailand,” jawabnya ketika diajukan soalan oleh wartawan.

Filipina Tuai Pingat Emas Pertama
Sebelum ini, Atlet gimnastik lelaki dari Filipina, Carlos Yulo berjaya merangkul pingat emas dalam kategori senam lantai (floor exercise) di Olimpik Paris 2024 pada Sabtu, lapor AFP.
Atlet berusia 24 tahun itu dilihat menyeka air mata kegembiraan apabila kemenangannya diumumkan.
Kemenangan ini menjadikan Filipina mengutip pingat emas kedua dalam sejarah negara itu sepanjang menyertai Sukan Olimpik setelah atlet angkat berat, Hidilyn Diaz memenangi pingat emas di Olimpik Tokyo 2020.
Ia juga menjadikan Filipina sebagai negara Asia Tenggara pertama yang mendapatkan pingat emas di Sukan Olimpik pada edisi kali ini.
Mempertahankan kedudukannya sebagai juara dunia buat kali kedua, Yulo menamatkan aksinya dengan meraih sebanyak 15.000 mata. Namun, jumlah ini tidak dapat mengatasi rekod dunia iaitu 16.133 yang dicatatkan oleh Shirai Kenzo dari Jepun di Olimpik Rio 2016, menurut ESPN.
Yulo berjaya mengalahkan atlet dari Israel, Artem Dolgopyat yang menerima sebanyak 14.966 mata di tempat kedua.
Yulo sebelum ini telah memberi amaran bahawa dia akan melakukan yang terbaik untuk menewaskan atlet-atlet yang lain selepas terlepas daripada menaiki podium di Tokyo.
“Saya sangat terharu dan bersyukur kerana memiliki pingat ini. Terima kasih juga kepada Tuhan kerana dia melindungi saya seperti biasa,” katanya ketika ditemubual.
BACA JUGA: Ingatkan Sama, Rupa-rupanya Ini Perbezaan Acara Pecut Dan Keirin Berbasikal Trek
BACA JUGA: Kenali Lee Zii Jia, Pemenang Pingat Gangsa Perseorangan Lelaki Olimpik 2024
Sumber: Thai PBS World