Kenali Lee Zii Jia, Pemenang Pingat Gangsa Perseorangan Lelaki Olimpik 2024
Nama “Lee Zii Jia” tentunya sudah tidak asing lagi sama ada di peringkat antarabangsa mahupun dalam negara. Ia setelah pemain ini dianggap pengganti kepada Datuk Lee Chong Wei selepas era kegemilangannya suatu ketika dahulu.
Apatah lagi Lee Zee Jia (LZJ) baru sahaja memenangi pingat gangsa bagi acara badminton perseorangan lelaki di Sukan Olimpik Paris 2024 semalam.
Sebagai peminat sukan, tentunya anda tertanya mengenai latar belakang pemain ini. Jadi, ikuti perkongsian menarik mengenai pemain ini.
Latar Belakang

Lee Zii Jia dilahirkan pada 29 Mac 1998 dan merupakan anak jati Alor Setar, Kedah.
Menurut Olympic.com, Zii Jia mula mengenali dan bermain sukan badminton pada umur enam tahun atas sebab kesihatan. Namun, siapa sangka dia telah membuat penampilan profesionalnya pada usia 13 tahun.
“Ketika saya berumur enam tahun bapa saya membawa saya ke kelab badminton di Kedah (di Malaysia). Saya mula bermain hanya atas sebab kesihatan,” katanya.
Pada tahun 2016, dia mula menceburkan diri ke dalam kancah badminton senior sebelum menjadi salah seorang antara 10 pemain terbaik dunia badminton perseorangan lelaki.
Pemain berketinggian 186 sentimeter mula mencuri perhatian ramai dengan pelbagai kejayaan sejak memasuki sukan badminton profesional.
Antaranya memenangi gelaran perseorangan lelaki Jelajah Dunia BWF sejak kali terakhir dimenangi Lee Chong Wei, lapor KhelNow. Kejayaan itu menjadi titik tolak kemunculan “bayangan” pengganti Lee Chong Wei.
Zii Jia kini berlatih berlatih bersama jurulatih peribadi, Wong Tat Meng.
Pencapaian & Kejayaan Lee Zii Jia

Berikut antara kejayaan LZJ sepanjang karier;
Gelaran Jelajah Dunia BWF
Super 300
Juara Taiwan 2018
Naib Juara Korea Masters 2018
Super 500
Naib Juara Terbuka Hylo 2021
Juara Terbuka Thailand 2022
Juara Terbuka Artic 2023
Juara Terbuka Thailand 2024
Super 750
Naib Juara Terbuka Denmark 2022
Naib Juara Terbuka Denmark 2023
Super 1000
Juara Terbuka All England 2021
Cabaran/Siri Antarabangsa BWF
Naib Juara Siri Antarabangsa India 2016
Juara Polish International 2017
Gelaran Utama
Gangsa (Perseorangan Lelaki) Olimpik Paris 2024
Emas (Perseorangan Lelaki) Kejohanan Badminton Asia 2022
Gangsa (Pasukan Campuran) Piala Sudirman 2021
Gangsa (Pasukan Campuran) Piala Sudirman 2023
Emas (Pasukan Lelaki) Kejohanan Berpasukan Campuran Badminton Asia 2022
Perak (Pasukan Lelaki) Kejohanan Berpasukan Campuran Badminton Asia 2020
Gangsa (Pasukan Lelaki) Kejohanan Berpasukan Campuran Badminton Asia 2018
Pencapaian lain Lee Zii Jia
Pemain badminton pertama Malaysia yang dipaparkan di papan iklan Times Square.
Menduduki No. 2 Dunia (kedudukan tertinggi pernah baginya) pada 25 Oktober 2022.
Pemain perseorangan lelaki Malaysia keenam memenangi kejuaraan Kejohanan Asia.
Mempunyai satu pingat emas (edisi 2019) dan dua pingat perak (masing-masing satu pada edisi 2017 dan 2019) di Sukan Asia Tenggara.
Mempunyai pingat perak dan gangsa di Kejohanan Remaja Dunia 2016.
Sumber: Olympic.com, KhelNow