Peugeot 3008: Syahdu, Kali Pertama Pandu SUV Dengan Gearbox AT
Bila nampak keret jenama Peugeot, macam mana cara korang sebut? ‘Pijot’, ‘pizhow’ atau ‘pejot’? Masa SK dapat kereta ni untuk beberapa hari, SK terus google cara nak sebut.
Cara sebutan yang betul menurut pak google adalah ‘PUH-ZHOW’. Namun, jenama ni bagi SK tidak sepopular jenama-jenama Jepun mahupun jenama Conti yang lain.
Walaupun begitu, SK tak boleh nafikan ada beberapa perkara yang buat Peugeot 3008 ni kereta yang sedap.
SUV Segmen C Dengan Kotak Gear AT
Peugeot 3008 ini diletakkan dalam keluarga SUV segmen C sebaris dengan model jenama lain seperti Proton X70, Toyota Corolla Cross dan Volkswagen Tiguan.
Model 3008 ini dijana dengan enjin 1.6L Twin Scroll Turbo High Pressure (THP) dengan kuasa maksima 165 kuasa kuda dan 240Nm torque.
Salah satu yang sedap untuk model ini adalah ia menggunakan kotak gear AT6 III (6 Speed Automatic). Ini adalah pengalaman pertama SK memandu SUV dengan gearbox AT.
Ternyata, pengalaman memandu seakan-akan kita sedang memandu sebuah SUV dengan gear transmission manual. Setiap kali gear bertukar kita merasakan seperti menukar gear secara manual.
Rekaan Luaran
Pada pendapat SK, bahagian depan model 3008 ini ada elemen mewah dan moden diselitkan dari segi grill dan rekaan lampu hadapan serta lampu nyalaan siang (DRL) yang seakan taring singa.
Bagi rekaan belah belakang pula, SK berpendapat satu rekaan yang simple dan minimalis tapi tetap nampak moden dengan lampu LED seakan kuku singa.
Kereta ini lengkap dengan Power Tailgate memudahkan untuk tutup dan buka bonet kereta.
Untuk unlock kereta ini, hanya perlu pegang pembuka pintu dengan kunci kereta berada dengan anda dan tak perlu tekan apa-apa butang pun.
Jimat Minyak Ke?
SK berkesempatan membawa pulang kereta ini ke kampung dengan perjalanan dari Cyberjaya ke Negeri Sembilan lebih kurang 100km.
Dari isian penuh di Cyberjaya, hanya suku tangki minyak sahaja yang digunakan untuk sampai ke destinasi.
Pada pandangan SK, boleh dikatakan jimat untuk perjalanan jauh.
Apa Ada Dalam Peugeot 3008?
Pandangan pertama ruang dalam 3008 ni memang kena dengan harganya. Memang nampak cantik dan tahap keselesaan SK boleh bagi 8/10.
3008 ini datang dengan kerusi kulit yang selesa walaupun SK berketinggian 177cm masih lagi merasai keseronokan duduk atas kerusi tersebut dan kerusi bahagian hadapan disertakan power adjustment.
Centre Console 3008 ini dilengkapi dengan arm-rest dan cup holder. Tombol gear juga nampak moden dan kena dengan nama Peugeot.
Apa yang uniknya, stereng 3008 ni ada shape yang berbeza dengan stereng biasa dan seakan-akan stereng kereta Formula 1.
Stereng juga disertakan dengan paddle shifter untuk memudahkan naik dan turun gear jika perlu.
Bahagian hadapan turut diberikan wireless charging untuk peranti yang menyokong ciri tersebut.
Tempat duduk belakang juga dibalut kulit dan siap ada arm-rest beserta cup holder di bahagian tengah.
Bahagian belakang juga siap air-cond vent dan 12V power supply boleh cas peranti anda.
Skrin Infotainment
Hiburan dalam kereta adalah perkara utama bagi SK dan Peugeot memuatkan 10 inci infotainment display dengan sambungan Apple Carplay dan Android Auto dengan wayar.
Ya, dengan wayar. Jangan tanya SK kenapa kena sambung dengan wayar. Speaker dalam kereta pun ada 6 kesemuanya.
Untuk interface kereta ni SK boleh bagi rate 6/10 sahaja sebab SK merasakan ia terlalu simple dan sedikit membosankan.
Keselamatan
Dari segi keselamatan, Peugeot 3008 lengkap dengan 6 beg udara, Anti-Lock Braking System (ABS), Electronic Braking_force Distribution (EBD), Emergency Brake Assist (EBA) dan beberapa ciri keselamatan yang lengkap.
Jadi tak perlu bimbang dengan tahap keselamatan kereta ini, ia sememangnya hadir dengan ciri keselamatan terkini. Blind Spot Monitor dan Active Lane Keeping Assist pun ada.
Kesimpulan
Secara keseluruhan, SK berpuas hati memandu kereta Peugeot 3008 ini dari segi pemanduan, keselamatan dan keselesaan dalam SUV ini.
Hanya kurang berpuas hati dengan interface infotainmentnya yang agak membosankan berbanding kereta-kereta lain yang SK pernah cuba.
Nak booking? Nak test drive? Boleh klik SINI