Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Sempat Imamkan Solat Maghrib, Lelaki Meninggal Dunia Ketika Sujud

Azizah Najib
meninggal dunia ketika sujud
Gambar: Radar Kuningan

Sempat Imamkan Solat Maghrib, Lelaki Meninggal Dunia Ketika Sujud

Indonesia — Seorang imam Masjid Al-Falah Cijoho di Kuningan, Jawa Barat dilaporkan meninggal dunia dalam sujud ketika menunaikan solat sunat pada Ahad.

Menurut Radar Kuningan, arwah yang dikenali sebagai Dedi Fauji S Ag, 54, bertugas sebagai imam pada hari tersebut. Arwah turut mengalunkan azan Maghrib pada petang itu.

Video saat arwah menghembuskan nafas terakhirnya yang sempat dirakamkan melalui kamera litar tertutup masjid kini tular di internet. Perkara ini juga telah disahkan oleh saudara arwah, dikenali sebagai Tono.

BACA: Rangka Ibu & Anak Ditemui Dalam Rumah, Disyaki Meninggal Sejak Lima Tahun Lalu

“Betul beliau meninggal dalam keadaan sujud. Beliau juga bertugas sebagai imam, dan juga mengumandangkan azan,” katanya.

Menurut Tono, arwah dikenali sebagai seorang yang berperibadi baik dan luar biasa ketika hidupnya.

“Arwah (bersifat) luar biasa, jarang bercakap, kata-katanya penuh hikmah, meninggal dalam keadaan husnul khatimah, ketika solat sunat selepas Maghrib,” tambahnya lagi.

Arwah juga dikenali penduduk setempat sebagai seorang tenaga pengajar al-Quran kanak-kanak di sana. Khidmat sebagai guru al-Quran itu telah disandang arwah selama berpuluh tahun dan telah ramai anak tempatan yang menjadi pelajarnya.

BACA: Presiden Indonesia Akan Mula Bekerja Dari Nusantara Mulai 28 Julai

Penduduk tidak menyangka arwah akan meninggal dunia berikutan tidak ada maklumat yang menunjukkan arwah mempunyai sejarah penyakit.

“Arwah dalam keadaan sihat, tidak mempunyai sejarah penyakit. Beliau juga seorang guru al-Quran,” ujarnya.

Menurut laporan berita tvOneNews, arwah sempat dikejarkan ke hospital terdekat bagi mendapatkan bantuan. Namun, arwah disahkan telah meninggal dunia.

Salah seorang ahli jawatankuasa masjid, Didi Taryadi memberitahu arwah yang sedang mendirikan solat sunat dua rakaat selepas Maghrib tidak bangun dari sujud terakhirnya.

“Selepas selesai mengimamkan solat Maghrib sehingga berdoa, arwah dirikan solat sunat ba’diyah Maghrib dua rakaat. Ketika mendirikan solat ba’diyah dua rakaat tersebut, tiba-tiba arwah tidak bangun di sujud terakhir,” katanya.

Arwah meninggalkan seorang isteri dan empat orang anak.

BACA: Gunung Merapi Muntahkan Awan Panas, Penduduk Diminta Berjaga-Jaga

Sumber: Radar Kuningan