Siakap Keli
dron seludup dadah
Gambar: BERNAMA

Polis Bongkar Taktik Guna Dron Seludup Dadah Ke Dalam Penjara

Polis Bongkar Taktik Guna Dron Seludup Dadah Ke Dalam Penjara

IPOH, 10 Ogos (Bernama) — Polis merampas sebuah dron dipercayai digunakan untuk menyeludup dadah ke dalam Penjara Tapah dekat sini semalam.

Ketua Polis Perak Datuk Azizi Mat Aris berkata pihaknya menerima maklumat berhubung penemuan satu unit dron di bumbung sebuah blok penjara ketika seorang sarjan penjara berkenaan membuat rondaan pada 11.30 pagi hari yang sama.

Beliau berkata hasil siasatan mendapati terdapat beg dobi digantung pada dron itu yang didalamnya terdapat barang disyaki dadah.

“Siasatan awal mendapati terdapat satu peket plastik lutsinar mengandungi tiga peket plastik berisi serbuk putih disyaki dadah jenis heroin anggaran berat 122 gram.

BACA: Dua Anggota Polis Disyaki Peras Peniaga Burger Ditahan

“Kita turut temukan dua peket plastik lutsinar berisi ketulan kristal disyaki dadah jenis methamphetamine anggaran berat 12.9 gram,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Azizi berkata modus operandi membawa masuk dadah ke penjara menggunakan dron kali pertama dilaporkan setakat ini.

BACA: Remaja Ceroboh, Menyamar Petugas Hospital Direman Dua Hari

“Polis telah membuka kertas siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 39A(1) akta sama.

“Kita memandang serius sebarang aktiviti penyeludupan dadah apatah lagi ia melibatkan membawa masuk dadah ke dalam penjara dan satu siasatan menyeluruh akan dijalankan,” katanya.

BACA: JPJ Laksana Penggantian Kamera AwAS Selari Perubahan Teknologi

Sumber: BERNAMA

Azizah Najib

Menulis tanpa henti

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.