Terkini

Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
pingat emas arshad nadeem
Gambar: AFP

Raih Pingat Emas, Arshad Nadeem Pernah Pergi Latihan Guna Duit Orang Kampung

Azizah Najib

Raih Pingat Emas, Arshad Nadeem Pernah Pergi Latihan Guna Duit Orang Kampung

Atlet rejam lembing Pakistan, Arshad Nadeem meraikan kemenangan apabila meraih pingat emas dalam acara tersebut di temasya Sukan Olimpik pada Khamis, lapor AFP.

Biarpun dari negara yang terkenal dengan sukan kriket, atlet itu mengejutkan dunia dengan catatan rekod terbaru dalam Olimpik apabila mengatasi rekod terdahulu dengan lontaran sejauh 92.97 meter.

Arshad, 27 tahun, mengalahkan saingannya dari negara jiran, India yang juga juara bertahan, Neeraj Chopra yang hanya mendapat lontaran sejauh 89.45 meter. Di tempat ketiga, atlet Grenada, Anderson Peters membuat lontaran lembing sejauh 88.54 meter.

atlet lontar lembing
Gambar: AFP

“Bila saya lontar lembing itu, saya dapat rasakan tangan saya pergi sekali dan boleh teka (lontaran) itu mungkin (cipta) rekod Olimpik,” kata Arshad.

BACA: Michelle Yeoh Diberi Penghormatan Sampaikan Pingat Kepada Pemenang 3M Papan Anjal

Menerusi akaun Instagram peribadinya, Arshad memanjatkan kesyukuran dan berterima kasih kepada ibu bapa dan jurulatihnya.

“Pertama sekali, saya bersyukur kepada Allah atas kejayaan besar ini, dengan doa ibu bapa saya, doa seluruh negara. Terutamanya usaha jurulatih saya, Encik Salman Iqbal Butt yang tidak kenal erti penat, dan sokongan dari Dr Ali Sher Bajwa, saya dapat capai kejayaan besar ini. Terima kasih semua.

“Akhir sekali, pingat emas ini adalah hadiah daripada saya kepada seluruh negara sempena Hari Kemerdekaan,” ucap Arshad.

Untuk makluman, warga Pakistan bakal menyambut Hari Kemerdekaan mereka pada 14 Ogos nanti.

BACA: Olimpik Paris: Imane Khelif Gondol Pingat Emas Acara Tinju Wanita

Kisah jerih perih Arshad Nadeem

Menelusuri kerjaya Arshad dalam sukan rejam lembing, sebelum ini dia pernah memenangi pingat perak di Kejohanan Dunia tahun lalu. Pada 2022, dia turut memenangi pingat emas di Sukan Commonwealth dengan lontaran sejauh 90.18 meter.

Berasal dari sebuah kampung kecil, Mian Channu, Arshad pada mulanya sama seperti kanak-kanak di sana, sering meluangkan masa bermain kriket. Namun abangnya, Shahid Nadeem, menjadi langkah pertama kemasukan Arshad ke dunia rejam lembing.

“Saya suruh Arshad tukar ke rejam lembing dari bermain kriket. Ketika itu tiada siapa tahu apa itu rejam lembing,” katanya kepada AFP.

Menurut laporan dari AFP, Pakistan tidak mempunyai padang yang sesuai dan dikhaskan untuk latihan rejam lembing. Berikutan itu, para atlet termasuk Arshad terpaksa berlatih di padang kriket.

Malah, Arshad juga pernah mendapat bantuan dari penduduk kampung ketika dia ingin berlatih di bandar.

BACA: Olimpik Paris: Rizki Juniansyah Hadiahkan Emas Kedua Untuk Indonesia

“Orang tidak tahu bagaimana Arshad dapat berada di tempatnya hari ini. Bagaimana penduduk kampung dan ahli keluarga pernah dermakan wang supaya dia boleh pergi ke bandar lain untuk berlatih dan ikuti acara dulu,” kata bapanya, Muhammad Ashraf ketika ditemu bual pihak PTI.

Selain itu, mereka juga tidak mempunyai lembing yang sesuai ketika latihan.

“Para atlet menggunakan batang kayu yang diikat dengan tali sebagai lembing. Kayu itu tak pernah dapat terpacak di tanah pun,” kata bekas pegawai sukan tempatan, Parvaiz Ahmed Dogar.

Beberapa bulan sahaja sebelum Sukan Olimpik bermula, Arshad pernah menyuarakan keperluannya untuk mendapat lembing baru. Perkara ini disuarakan apabila lembing lama yang digunakannya kira-kira tujuh hingga lapan tahun telah rosak. Neeraj, yang sememangnya diketahui kawan dan lawan Arshad, turut memberi sokongan kepadanya apabila perkara ini dimuat naik oleh Arshad ke media sosial, menurut The Economic Times.

Kredit: AFP

Sementara itu, kejayaan Arshad semestinya disambut meriah oleh penduduk kampungnya.

Malah, mereka menggunakan projektor digital pada skrin yang tergantung di belakang trak untuk menonton perlawanan tersebut.

Ketika lembing melayang di langit Paris dan mencatat rekod baharu Olimpik, sorakan penduduk kampung bergema hingga lewat malam.

Sumber: AFP (1) (2), NDTV Sports, The Economic Times