Siakap Keli
kemuncak human meteor
Gambar: Detik.com

Kemuncak Fenomena Hujan Meteor Perseids Dijangka Bermula Malam Ini

Kemuncak Fenomena Hujan Meteor Perseids Dijangka Bermula Malam Ini

KUALA LUMPUR — Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) memaklumkan kemuncak Hujan Meteor Perseids dijangka berlaku pada malam 12 Ogos 2024 hingga subuh pada hari esok.

Difahamkan, hujan meteor itu dijangka berlaku dengan purata 100 meteor per jam melintasi langit.

Tambah MYSA, orang ramai di Malaysia berpeluang untuk melihat hujan meteor itu dengan jelas kerana Bulan akan terbenam pada tengah malam semasa waktu kemuncak fenomena ini berlaku.

“Hujan Meteor Perseids merujuk kepada titik kemunculan hujan meteor di langit iaitu di kawasan buruj Perseus. Walau bagaimanapun, kemunculannya masih boleh berlaku dari pelbagai arah.

“Fenomena ini berlaku setiap tahun apabila Bumi beredar mengelilingi Matahari dan merentasi laluan orbit Komet Swift-Tuttle.

“Komet Swift-Tuttle dianggarkan mempunyai nukleus yang berdiameter sebesar 26 kilometer dan mengambil masa selama 133 tahun untuk melengkapkan orbitnya.

“Komet ini kali terakhir mendekati Bumi pada tahun 1992 dan dijangkakan akan menghampiri Bumi semula pada tahun 2126.

“Semasa komet tersebut mengorbit menghampiri Matahari, debu-debu komet yang terbebas disebabkan oleh proses pemejalwapan akhirnya akan berserakan dan membentuk laluan yang dipenuhi dengan sisa-sisa komet tersebut.

“Sisa tinggalan ini akhirnya akan memasuki atmosfera Bumi dan terbakar lalu membentuk jalur bersinar yang panjang,” maklum MYSA dalam satu hantaran.

Sementara itu, agensi berkenaan turut berkongsikan tip untuk mencerap Hujan Meteor Perseids.

1. Pastikan anda berada di kawasan lapang yang selamat serta keadaan persekitaran dan langit yang gelap (tiada gangguan cahaya).

2. Pandangan anda juga tidak terhalang dengan bangunan yang tinggi, pokok atau rumah.

3. Jauhi persekitaran yang bercahaya. Lebih gelap, lebih baik.

4. Sesuaikan mata anda dengan keadaan yang gelap selama 20 minit.

5. Tidak perlu memfokuskan ke arah buruj Perseus sahaja untuk melihat hujan meteor ini kerana ia boleh muncul dari pelbagai arah dan pada bila-bila masa.

https://www.facebook.com/mysaangkasa/posts/pfbid0T2h28uzDwut3FaFTC77xz5MPjaLeg2Qn4xoZ7N2FQx7mX8bndDqKPutX3Q1qzFn9l?rdid=m7fBXemeaKzNQpsa

Sumber: Facebook MYSA

BACA JUGA: Ini “Tricks & Hacks” Yang Anda Kena Tahu Jika Melancong Ke Jepun

BACA JUGA: Polis Masih Kesan Anggota Badan Mayat Cikgu Istiqomah

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.