Terkini

Bisnes
Spritzer Raih Pengiktirafan Berganda Melalui Putra Brand Awards 2025 & Superior Taste Award 2025
Pendidikan
Adibah Omar Bawa Agenda Kerjasama Pembacaan ASEAN ke Pesta Buku Antarabangsa Taipei 2026
Fesyen
Skechers x Demon Slayer Kembali Dengan Koleksi Lebih Ikonik
Fesyen
ICE-WATCH Malaysia Lancar Koleksi Jam Tangan Terbaharu 2026
Selera
Buffet Berbuka Puasa Tropicana Kembali Dengan Lebih 200 Hidangan Istimewa & Semangat Berkongsi
Gaya hidup
Seram, Ular Sawa Kekenyangan Telan Kucing Berjaya Ditangkap
Berita
Permohonan Biasiswa Tunku Abdul Rahman Dibuka Mulai Hari Ini
Berita
Waspada, Hujan Lebat Dijangka Landa 5 Negeri Hingga Malam Ini
Kesihatan
Kajian Dedah Fikiran Negatif Tingkatkan Risiko Demensia
Luar Negara
Dilapor Hilang, Anak "Rapper" Terkenal Ditemui Maut Dalam Kolam Berdekatan Rumah
Berita
Sidang Media GARAH: Ketua Polis Kuala Lumpur Pandang Serius Isu-isu Sensitif Berkaitan 3R
Berita
Wanita Diserang Strok Setelah Lakukan Regangan Leher
Berita
SARA RM100 “One-Off” Disalurkan Mulai Esok
Berita
Rembayung Dimasuki Air Hujan Akibat Kebocoran, Pihak Kontraktor Jelaskan Punca
Luar Negara
Vokalis 3 Doors Down, Brad Arnold Meninggal Dunia Pada Usia 47 Tahun
Berita
Peniaga Bazar Diingat Ambil Suntikan Tifoid, Jaga Kebersihan
Berita
Along Eyzendy Meninggal Dunia
Berita
NASA Benarkan Angkasawan Bawa Telefon Pintar Ke Angkasa
Sukan
Pelancaran MotoGP 2026 Di KL Meriah, Pelumba Pamer Jentera Baharu
Selera
5 Resipi Ayam Mudah & Sedap, Sesuai Untuk Berbuka Puasa
Berita
Restoran Dimasuki Air Hujan Akibat Kebocoran, KA Mohon Maaf
Sukan
Ultras Selangor Dilarang Masuk Stadium Bagi Tiga Perlawanan
Berita
Modi Hargai Sambutan Mesra Oleh PM Anwar
Berita
Tindakan Maksimum Terhadap Pihak Gugat Keselamatan Negara - PM Anwar
Berita
Ribut Petir, Hujan Lebat Di 8 Negeri & 2 Wilayah Malam Ini
Berita
PM India Tiba Di Malaysia Untuk Lawatan Rasmi Dua Hari
Gaya hidup
Minta Edit Gambar Macam Dato'-Dato', Hasilnya Buat Ramai Tak Kering Gusi
Berita
Tiga Kluster Tibi Di Kelantan Babit Sembilan Kes
Berita
Syarat Minimum UKKM Kekal 60 Peratus, Pastikan Pelajar Mampu Ikuti Tahap Pembelajaran
Berita
Tujuh Negeri Diramal Hujan Lebat Petang Ini
polis kesan badan Cikgu Istiqomah
Gambar: Sinar Plus
Polis Masih Kesan Anggota Badan Mayat Cikgu Istiqomah

Iqbal Yasir

Polis Masih Kesan Anggota Badan Mayat Cikgu Istiqomah

ALOR GAJAH, 12 Ogos (Bernama) — Polis masih mengesan anggota badan mangsa pembunuhan, Cikgu Istiqomah Rozi Ahmad yang mayatnya ditemukan tanpa kepala di Kampung Tanjung Rimau, Pulau Sebang di sini pada 31 Dis lalu.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah Supt Ashari Abu Samah berkata berikutan itu, jenazah arwah tidak dapat diserahkan kepada anggota keluarganya untuk urusan pengebumian setakat ini.

“Post mortem semua dah selesai. Masih ada anggota badan yang belum ditemukan. Setakat ini jenazah belum diserahkan lagi sebab ada lagi yang belum selesai. Sebaik semua telah selesai dan jenazah dah boleh diserahkan, saya akan maklumkan.

“Kita cuba untuk selesaikan kes ini sehingga suspek dituduh di mahkamah,” katanya ringkas kepada pemberita menerusi WhatsApp di sini hari ini.

Pada 6 Jan, media melaporkan penemuan mayat wanita tanpa kepala, kedua-dua tangan dan kaki, dalam tong sampah di tepi jalan Alor Gajah-Tampin berdekatan Kampung Rimau, Pulau Sebang kira-kira 2 petang.

Siasatan awal mendapati mangsa dipercayai dibunuh dengan anggota badan iaitu kepala, tangan dan kaki dipotong dan disumbat ke dalam tong sampah sebelum dibuang ke dalam longkang.

Bagaimanapun, identiti mangsa gagal dikenal pasti dan pihak patologi hanya mengesahkan mayat dianggarkan berumur antara 20 hingga 30-an dan merupakan seorang wanita.

Berikutan penemuan mayat tanpa kepala itu, polis turut menjalankan ujian DNA ke atas dua kes orang hilang dalam tempoh sebulan lalu. namun keputusannya negatif.

Selepas lapan bulan, Ashari hari ini mengesahkan mayat berkenaan dikenal pasti sebagai Istiqomah Ahmad Rozi, 33, yang dilaporkan hilang pada 27 Dis 2023.

Beliau berkata risikan Bahagian Siasatan Khas (D9) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Polis Melaka dengan kerjasama JSJ Johor serta Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Alor Gajah, menahan sepasang suami isteri berusia 36 dan 37 tahun di Chemor, Perak dan dibenarkan reman selama tujuh hari pada 6 Ogos.

Polis kemudian mendapat perintah sambung reman selama tujuh hari lagi bermula hari ini hingga 19 Ogos.

Sumber: BERNAMA

BACA JUGA: Jangan Jawab Kalau Isteri Tanya ‘ Nak Makan Mana’, Bawa Je Pergi 5 Tempat Menarik Ni

BACA JUGA: “Shah Firdaus Akan Teruskan Legasi Saya,” Azizulhasni Awang Umum Bersara