Siakap Keli
Azizulhasni shah Firdaus
Gambar: BERNAMA

“Shah Firdaus Akan Teruskan Legasi Saya,” Azizulhasni Awang Umum Bersara

“Shah Firdaus Akan Teruskan Legasi Saya,” Azizulhasni Awang Umum Bersara

Atlet berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang mengumumkan persaraannya selepas Sukan Olimpik Paris 2024 melabuhkan tirai pada hari ini.

Menerusi satu temu bual bersama Astro Arena, Azizulhasni yang diberi gelaran The Pocketman berkata legasinya akan diteruskan oleh rakan sepasukannya, iaitu Muhammad Shah Firdaus Sahrom.

“Shah Firdaus akan meneruskan legasi saya.

“Saya tidak risau untuk berundur…memang saya akan berundur…kerana kita ada Shah Firdaus.

“Melihat perlumbaannya tadi pun memang saya amat kagum, saya gembira untuknya.

Mengulas mengenai final keirin, Azizulhasni yang juga mesra dengan panggilan Jijoe berkata Shah Firdaus berpeluang menghadiahkan Malaysia pingat gangsa yang ketiga sekiranya tiada berlaku kemalangan.

Kejadian tersebut membuatkan dirinya sedih memandangkan beliau tahu potensi rakan sepasukannya.

“Dia memang sepatutnya menang gangsa tetapi malangnya, dia dihimpit oleh pelumba Jepun.

“Kalau kita lihat kelajuannya, dia memang sepatutnya menang gangsa.

“Tetapi masuk ke selekoh terakhir, nampak pelumba Jepun itu sudah hilang kelajuan dan terdesak sehingga naik ke atas dan menghimpit Shah Firdaus sebelum kedua-dua mereka terjatuh.

“Saya memang menangis melihatnya, saya harap yang terbaik untuknya kerana sayu tahu potensi sebenarnya,” ujarnya.

Beliau turut berharap Shah Firdaus dan rakan sepasukannya akan meneruskan legasinya dalam acara berbasikal trek negara.

“Bagi saya, saya memang harap Shah akan teruskan legasi saya. Shah, adiknya (Ridwan Sahrom, pelumba negara) dan beberapa pelumba lain.

“Ia bukan lagi tentang saya. Saya harap peminat akan berhenti bercakap mengenai saya, ia bukan lagi tentang saya.

“Ia tentang kita menyokong dia (Shah Firdaus) dan generasi baru itu.

“Apa sahaja yang mereka perlukan bantuan saya, saya akan sentiasa berada di sana untuk mereka,” katanya.

Summer: Astro Arena

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.