Siakap Keli
masak makan kari merak
Gambar: AFP

Lelaki Ditahan Selepas Muat Naik Video Masak, Makan ‘Kari’ Burung Merak

Lelaki Ditahan Selepas Muat Naik Video Masak, Makan ‘Kari’ Burung Merak

Seorang lelaki di India telah ditahan selepas menimbulkan kemarahan ramai apabila memuat naik sebuah video masak dan makan.

Dalam video itu, lelaki berkenaan dipercayai memasak dan memakan burung kebangsaan yang dilindungi negara itu, iaitu merak, lapor AFP.

Polis tempatan memaklumkan bahawa lelaki berkenaan ditahan pada Isnin dan dihukum penjara selepas video lain dalam telefon bimbitnya mengesahkan bahawa burung yang dimasak tersebut sememangnya seekor merak.

Untuk info, burung berwarna-warni itu memang dilindungi di bawah undang-undang hidup liar yang ketat.

“Dia kini berada di penjara selama 14 hari reman di bawah Akta Perlindungan Hidupan Liar.

“Mahkamah akan memutuskan sama ada dia akan terus berada dalam tahanan atau dibenarkan ikat jamin,” kata pegawai polis di negeri Telangana, selatan India kepada AFP.

Penyiasat juga sedang berusaha untuk menentukan bagaimana dan di mana lelaki berkenaan memperoleh seekor merak bagi tujuan video tersebut, yang kini telah dipadamkan dari salurannya.

BACA: 37 Tahun Terpisah, Lelaki Ini Akhirnya Bertemu Kembali Dengan Keluarga Kandung

Video itu menunjukkan dia memasak kari merak, satu aksi yang dikatakan dilakukan untuk menarik lebih banyak penonton (viewers) di Youtube miliknya, menurut laporan The Times of India.

“Namun, respons yang diterima jauh berbeza daripada apa yang mungkin dijangkakannya.

“Pengguna media sosial mengecam video tersebut, menuduh lelaki berkenaan mempromosikan pemakanan hidupan liar secara haram dan tidak menghormati simbol kebangsaan,” tambah laporan itu.

Merak India, simbolik dengan warna biru yang menonjol dan kepak yang megah dalam kalangan jantan, memegang kepentingan simbolik yang istimewa di India.

Takhta dinasti pemerintahan Mughal negara itu juga dinamakan Takhta Merak kerana dihiasi dengan merak yang bertatahkan permata, yang suatu ketika dahulu terdapat dalam jumlah yang besar di bahagian utara tanah rata India.

Urbanisasi yang pesat dan hilangnya habitat itu dalam beberapa dekad kebelakangan ini telah mengurangkan bilangan merak di hutan.

Ini menjadikan haiwan itu kini dilindungi daripada diburu atau diancam, dengan hukuman dan denda akan dikenakan kepada mereka yang ‘bersalah’ di bawah undang-undang hidupan liar.

BACA: Tak “Reject” Kelab Besar, MU Sambut Ketibaan Dua Pemain Baharu

BACA: Bawa Pulang Pingat Emas Buat Pakistan, Arshad Nadeem Terima Hadiah Kerbau Daripada Bapa Mertua

Sumber: AFP

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.