Terkini

Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
keluarga 37 tahun terpisah
Sumber: SCMP

37 Tahun Terpisah, Lelaki Ini Akhirnya Bertemu Kembali Dengan Keluarga Kandung

Hannah

37 Tahun Terpisah, Lelaki Ini Akhirnya Bertemu Kembali Dengan Keluarga Kandung

Sepasang suami isteri di China baru-baru ini bertemu kembali dengan anak lelaki mereka setelah 37 tahun terpisah.

Menurut SCMP, punca perpisahan tersebut adalah akibat anak mereka itu diserahkan kepada orang lain oleh neneknya tanpa persetujuan mereka.

Kejadian ini berlaku kerana neneknya beranggapan bahawa keluarga mereka terlalu miskin untuk membesarkan seorang lagi anak.

Pada tahun 1986, seorang wanita di Weinan, wilayah Shaanxi, di barat laut China melahirkan seorang bayi lelaki.

Anak itu merupakan anak ketiga pasangan tersebut, menurut media tempatan seperti yang dilapor SCMP.

Namun, hanya sehari selepas kelahirannya, neneknya menyerahkan bayi tersebut kepada seorang lelaki untuk dibesarkan oleh keluarganya.

Keputusan ini bagaimanapun dibuat tanpa pengetahuan atau persetujuan ibu bapa bayi tersebut.

Difahamkan, bapa angkat kepada bayi tersebut turut memberikan sejumlah wang sebagai ganti mengambil bayi itu, tetapi jumlahnya tidak ketahui.

BACA: Bawa Pulang Pingat Emas Buat Pakistan, Arshad Nadeem Terima Hadiah Kerbau Daripada Bapa Mertua

Bapa kandung bayi tersebut dan isterinya hanya mengetahui bahawa kampung halaman bapa angkat anaknya berada di wilayah Shandong di timur China.

Selepas kematian ibunya (nenek bayi itu), orang tua kandung bayi tersebut menghabiskan tiga dekad mencari anak lelaki mereka yang hilang.

Pada bulan Februari, sampel darah pasangan tersebut didapati sepadan dengan seorang lelaki yang tinggal di Zaozhuang, wilayah Shandong, menurut pangkalan data Kementerian Keselamatan Awam China.

Pihak polis di Shaanxi kemudiannya meminta orang tua kandung bayi tersebut memberikan sampel darah buat kali kedua sebelum mengesahkan berita berkenaan.

Pada 3 Ogos, dengan bantuan pihak polis, bayi hilang yang kini merupakan pemuda berusia 37 tahun itu bertemu dengan orang tua kandungnya di Weinan, tempat kelahirannya.

“Anak, ayah dan ibu minta maaf. Bagaimana hidupmu selama ini?” kata pasangan tersebut sambil menangis, memeluk anaknya dan menggenggam tangannya dengan erat.

Video pertemuan semula mereka yang menjadi tular di media sosial telah mencetuskan pelbagai reaksi dan emosi di China.

BACA: Tak “Reject” Kelab Besar, MU Sambut Ketibaan Dua Pemain Baru

BACA: Olimpik LA 2028: Ini 5 Sukan Baru Yang Akan Dipertandingkan

Sumber: SCMP