Terkini

Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
sukan baru olimpik 2028
Sumber: Olympic

Olimpik LA 2028: Ini 5 Sukan Baru Yang Akan Dipertandingkan

Hannah

Olimpik LA 2028: Ini 5 Sukan Baru Yang Akan Dipertandingkan

Ketika Sukan Olimpik Paris sudah melabuhkan tirainya, perhatian kini tertumpu kepada edisi Sukan Olimpik 2028 yang akan berlangsung di Los Angeles (LA), California.

Kehangatan sudah mula dirasai apabila pelakon terkenal Hollywood, Tom Cruise, telah memulakan kiraan detik bagi acara sukan terbesar dunia itu semasa acara penutupan Olimpik Paris 2024.

Menariknya lagi, terdapat lima sukan baru yang akan dipertandingkan bagi Sukan Olimpik LA 2028. Antara sukan baru tersebut ialah:

Baseball/Softball

Sumber: Olympic

Baseball/Softball adalah salah satu daripada lima sukan tambahan yang akan dipertandingkan di Sukan Olimpik Los Angeles 2028.

Baseball dipercayai telah berkembang di England pada pertengahan tahun 1700-an, sebelum dibawa ke Amerika Syarikat pada tahun 1770-an.

Liga profesional teratur pertama ditubuhkan pada tahun 1875.

Softball pula, pada asalnya dikatakan sebagai “besbol dalaman” pada akhir tahun 1880-an di Chicago, sebelum pelbagai versi permainan ini akhirnya disatukan dan peraturannya dikodifikasikan sebagai softbol moden pada tahun 1926.

Ini akan menjadi kali ketujuh baseball lelaki dan kali keenam softball wanita dipertandingkan dalam Sukan Olimpik.

BACA: Macam Mana Nak Tahu Komen Kita Ada ‘Hate Speech’, Jaga-jaga 3 Unsur Ini Sebelum Korang ‘Dipantau’

Flag Football

Sumber: Olympic

Pada Sukan Olimpik Los Angeles 2028, peminat sukan akan berpeluang menyaksikan buat kali pertama flag football, satu versi bola sepak Amerika.

“Ketika kita meraikan kejayaan Paris 2024 dan menyerahkan baton kepada LA28, kami yakin flag football akan menjadi sorotan di Sukan Olimpik apabila ia membuat penampilan sulung dalam masa empat tahun lagi.

“Sukan ini ‘muda’, pantas, kreatif dan dimainkan oleh atlet yang cemerlang, termasuk duta global flag football kami, Jalen Hurts.

“Format ini sangat sesuai untuk Sukan Olimpik generasi baru,” kata Presiden Persekutuan Bola Sepak Amerika Antarabangsa, Pierre Trochet.

Lacrosse (sixes)

Sumber: Olympic

Lacrosse (sixes) adalah salah satu daripada lima sukan baharu yang akan dipertandingkan di Sukan Olimpik Los Angeles 2028.

Lacrosse, yang pada asalnya dikenali sebagai ‘stickball’, bermula sebagai amalan budaya dan spiritual dalam kalangan komuniti Pribumi Amerika Utara.

Lebih daripada sekadar permainan, ia sering digunakan sebagai cara untuk menyelesaikan konflik dan mempersiapkan pahlawan untuk pertempuran.

Sukan kuno ini kini kembali ke pentas global dalam bentuk Lacrosse Sixes di Sukan Olimpik Los Angeles 2028, membawa warisan yang kaya dan evolusi modennya kepada penonton di seluruh dunia.

BACA: Peralihan Ke ‘5G Dual Network’ Telah Bermula, Ini Manfaat Bakal Pengguna & Peniaga Nikmati

Ini akan menjadi kali ketiga lacrosse menjadi sebahagian daripada program Olimpik, tetapi kali pertama dalam lebih satu abad, selepas penampilan pada tahun 1904 dan 1908.

LA28 akan memberi tumpuan kepada format lacrosse sixes yang pantas, versi sukan yang mendebarkan dan direka untuk era moden.

Presiden World Lacrosse, Sue Redfern, menyifatkan detik ini sebagai “pencapaian penting” yang akan memberikan “peluang emas” kepada atlet untuk mempamerkan bakat mereka di pentas terbesar dunia.

Skuasy

Sumber: Olympic

Skuasy adalah salah satu daripada lima sukan baharu yang akan dipertandingkan di Sukan Olimpik Los Angeles 2028.

Skuasy tidak pernah dipertandingkan dalam Sukan Olimpik sebelum ini, walaupun pernah menjadi sukan demonstrasi di Sukan Olimpik Remaja Buenos Aires 2018.

“Saya sangat gembira dan teruja kerana akhirnya kita berjaya sampai ke Olimpik.

“Saya sentiasa bermimpi untuk bermain di Sukan Olimpik dan kini impian itu tercapai.

“Tahniah kepada semua pemain dan peminat skuasy. Jumpa anda di Olimpik,” kata juara dunia wanita semasa, Nour El Sherbini.

Cricket T20

Sumber: Olympic

Cricket adalah salah satu daripada lima sukan baharu yang akan dipertandingkan di Sukan Olimpik Los Angeles 2028.

Ini akan menjadi kali kedua cricket dipertandingkan di Olimpik, setelah membuat penampilan sulungnya lebih daripada satu abad yang lalu.

Kali ini, format popular T20 akan dipertandingkan di Olimpik, dengan legenda cricket India, Sachin Tendulkar, meraikan “peluang emas” ini buat pemain lelaki dan wanita mempersembahkan sukan mereka kepada dunia.

“Selepas penantian lebih daripada satu abad, sukan yang kita cintai kembali ke pentas Olimpik di LA28.

“Ini menandakan permulaan era baharu bagi cricket kerana ia akan menjadi peluang emas untuk memupuk keterangkuman dan mempamerkan bakat baharu dari negara-negara cricket yang sedang berkembang.

“Permulaan sesuatu yang benar-benar istimewa!” kata Tendulkar di platform X.

Sukan-sukan ini secara rasmi dimasukkan sebagai sukan tambahan dalam program LA28 setelah keputusan itu diluluskan semasa Sesi ke-141 IOC.

Bagaimanapun, hanya skuasy dan flag football yang akan membuat penampilan sulung di Olimpik, manakala baseball/softball, lacrosse dan cricket pernah dipertandingkan sebelum ini.

Baseball telah beberapa kali dipertandingkan dalam edisi terdahulu, dengan edisi terbaru pada Olimpik Tokyo 2020.

Lacrosse pula pernah dipertandingkan di St Louis pada 1904 dan London pada 1908.

Manakala, cricket pertama kali diperkenalkan dalam Sukan Olimpik 1900 yang diadakan di Paris, manakala

“Pemilihan lima sukan baru ini selari dengan budaya sukan Amerika dan akan mempamerkan sukan ikonik Amerika kepada dunia, sambil membawa sukan antarabangsa ke Amerika Syarikat.

“Sukan-sukan ini akan menjadikan Sukan Olimpik LA28 unik,” kata Presiden IOC, Thomas Bach.

BACA: Terkilan Gagal Bawa Pulang Pingat, Air Mata Azizulhasni Gugur Juga

BACA: Datuk Azizul Kongsi Apa Yang Dirasainya Selepas Lihat Nama Tertera “DSQ”

BACA: Saya Perlu Masa Untuk Fikir Semula – Azizulhasni

Sumber: Olympic, The Economic Times