Terkini

Kesihatan
Nampak Sihat Tapi Masih Berisiko, Ini Sebab Kenapa Rawatan Tibi Ambil Masa Enam Bulan
Trivia
Tidak Murung Tapi Rasa 'Kosong', Kenali Fenomena Languishing
AEON Festive Preview 2026: Permulaan Sebuah Perayaan
Berita
Krisis Bersatu: Bahagian Lembah Pantai, Larut Umum Bubar Serta-merta
Berita
Trafik Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Susulan Hari Terakhir Diskaun Tol
Sedia Menunggang Dengan Bergaya: LS2 Malaysia Memperkenalkan Lima Kelengkapan Penunggang Baharu
Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Azizulhasni perlu masa
Gambar: Astro Awani

Saya Perlu Masa Untuk Fikir Semula – Azizulhasni

Iqbal Yasir

Saya Perlu Masa Untuk Fikir Semula – Azizulhasni

SEPANG,13 Ogos (Bernama) — Jaguh berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang memerlukan masa untuk mempertimbang semula sama ada meneruskan kariernya sebagai pelumba dan beraksi di Sukan Olimpik Los Angeles 2028 (LA28) ataupun bersara.

Pelumba yang diberi julukan The Pocket Rocketman itu berkata beliau perlu berbincang dengan keluarganya sebelum membuat keputusan mengenai perkara tersebut.

Katanya, jurulatihnya John Beasley dan rakan sepasukan ada memujuknya untuk terus beraksi pada LA28 namun beliau belum lagi membuat sebarang keputusan.

“Selepas perlumbaan (di Sukan Olimpik Paris) John dan Shah (Muhammad Shah Firdaus Sahrom) serta pasukan harap saya boleh pertimbang untuk beraksi pada (Sukan Olimpik) Los Angeles 2028, tapi saya perlu duduk bersama keluarga dan melapangkan fikiran saya.

“Sebab apa yang berlaku di Paris adalah sesuatu yang tak biasa dalam karier saya tapi pada saya mereka tahu kalau saya berhenti berlumba saya akan tetap aktif dalam sukan, paling penting kalau mereka perlu bantuan saya, saya akan bantu,” katanya kepada pemberita sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) hari ini.

Dalam pada itu, Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh berkata Jawatankuasa Program Road To Gold (RTG) akan menyokong apa sahaja keputusan yang akan dibuat pelumba berusia 36 tahun itu dan akan tetap menyokong keperluannya.

Azizulhasni terpaksa menamatkan saingan di Sukan Olimpik Paris 2024 seawal pusingan pertama acara keirin lelaki selepas penyertaannya dibatalkan kerana tindakannya memotong pacer di Velodrom Quentin-en-Yvelines, Sabtu lepas.

Sumber: BERNAMA

BACA JUGA: Azizulhasni Awang Zahir Ucapan Tahniah Atas Perjuangan Cemerlang Shah Firdaus Di Olimpik Paris

BACA: Terkilan Gagal Bawa Pulang Pingat, Shah Firdaus Tidak Dapat Menahan Sebak

BACA: “Shah Firdaus Akan Teruskan Legasi Saya,” Azizulhasni Awang Umum Bersara