Terkini

Kesihatan
Nampak Sihat Tapi Masih Berisiko, Ini Sebab Kenapa Rawatan Tibi Ambil Masa Enam Bulan
Trivia
Tidak Murung Tapi Rasa 'Kosong', Kenali Fenomena Languishing
AEON Festive Preview 2026: Permulaan Sebuah Perayaan
Berita
Krisis Bersatu: Bahagian Lembah Pantai, Larut Umum Bubar Serta-merta
Berita
Trafik Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Susulan Hari Terakhir Diskaun Tol
Sedia Menunggang Dengan Bergaya: LS2 Malaysia Memperkenalkan Lima Kelengkapan Penunggang Baharu
Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Shah Firdaus sebak
Kredit: BERNAMA

Terkilan Gagal Bawa Pulang Pingat, Shah Firdaus Tidak Dapat Menahan Sebak

Hannah

Terkilan Gagal Bawa Pulang Pingat, Shah Firdaus Tidak Dapat Menahan Sebak

Pelumba berbasikal trek negara, Shah Firdaus Sahrom, meluahkan rasa terkilan kerana gagal membawa pulang pingat buat Malaysia dari Sukan Olimpik Paris 2024, walaupun peluang untuk meraih kejayaan itu berada di depan mata.

“Saya sudah berjanji untuk membawa ibu bapa saya menunaikan Umrah,” kata Shah Firdaus semasa temu bual bersama Astro Arena.

Shah Firdaus Sahrom merupakan atlet negara terakhir yang berjuang pada hari terakhir temasya Olimpik di Velodrom Nasional Perancis, petang semalam.

Beliau berjaya menempatkan diri dalam final acara keirin Sukan Olimpik Paris 2024 meskipun menamatkan perlumbaan separuh akhir di tempat keempat.

Ini selepas pelumba di tempat ketiga dari Jepun, Kaiya Ota, dibatalkan keputusannya kerana menghalang laluan dan Shah Firdaus naik ke tempat ketiga.

Namun, walaupun telah berusaha keras dan berada dalam kelompok tiga teratas, nasib tidak menyebelahi beliau apabila terlibat dalam kemalangan dengan pelumba Jepun, Shinji Nakano, sehingga menyebabkan beliau terjatuh sebelum garisan penamat.

Shah Firdaus bangkit semula untuk meneruskan perlumbaan dan berjaya menamatkannya di tempat keempat.

Bagaimanapun, keputusan tersebut dibatalkan dan beliau hanya diiktiraf sebagai pemenang tempat keenam.

“Saya minta maaf, Malaysia,” – Shah Firdaus

Sumber: Shah Firdaus via Instagram

Dalam satu temu bual bersama wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, Shah Firdaus memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia atas kegagalan meraih pingat emas pertama negara di bumi Paris.

“Saya sebenarnya telah berjanji dengan ibu saya, jika saya menang, saya akan membawa mereka menunaikan Umrah, namun Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk saya,” katanya dengan nada penuh kesedihan.

“Sebenarnya saya sudah berjanji dengan ibu saya, jika saya menang, saya akan membawa mereka pergi Umrah tetapi Allah tahu apa yang lebih baik untuk saya.

“Saya sudah nampak segalanya di depan mata saya, saya nampak pingat sudah 100 peratus di depan saya. Badan saya berasa baik, kaki saya berasa baik dan saya yakin sejak semalam hingga hari ini.

“Suku akhir, separuh akhir, saya berada dalam keadaan yang amat baik, saya berada dalam zon saya.

“Saya tahu saya boleh menewaskan mereka tetapi inilah keirin, segalanya boleh berlaku.

“Ini bukannya waktu untuk saya menyalahkan sesiapa. Seperti yang anda dapat lihat, pelumba terakhir boleh menang gangsa. Boleh anda bayangkannya?

“Saya memang sudah berada di situ dan ia memerlukan masa untuk saya hadamkan semua ini, ia bukan mudah,” ujar Shah Firdaus, menutup bicara dengan nada yang penuh emosi.

Walaupun secara realitinya beliau pulang tanpa pingat di tangan, namun di mata dan hati seluruh rakyat Malaysia, Shah Firdaus tetap dianggap sebagai pemenang Gangsa.

Tahniah dan terima kasih, Shah Firdaus.

BACA: Jangan Serang Negara Lain – Adik Shah Firdaus

BACA: Malaysia Kini Rumah Saya – John Beasley

BACA: “Shah Firdaus Akan Teruskan Legasi Saya,” Azizulhasni Awang Umum Bersara

Sumber: Stadium Astro