Terkini

Berita
Hujan Lebat Dijangka Landa Kebanyakan Kawasan Petang Ini
Kesihatan
Nampak Sihat Tapi Masih Berisiko, Ini Sebab Kenapa Rawatan Tibi Ambil Masa Enam Bulan
Trivia
Tidak Murung Tapi Rasa 'Kosong', Kenali Fenomena Languishing
AEON Festive Preview 2026: Permulaan Sebuah Perayaan
Berita
Krisis Bersatu: Bahagian Lembah Pantai, Larut Umum Bubar Serta-merta
Berita
Trafik Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Susulan Hari Terakhir Diskaun Tol
Sedia Menunggang Dengan Bergaya: LS2 Malaysia Memperkenalkan Lima Kelengkapan Penunggang Baharu
Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
adik shah firdaus
Gambar: BERNAMA

Jangan Serang Negara Lain – Adik Shah Firdaus

Iqbal Yasir

Jangan Serang Negara Lain – Adik Shah Firdaus

Pelumba berbasikal trek negara, Muhammad Ridwan Sahrom menggesa rakyat di negara ini untuk berhenti meninggalkan komen yang jelik dan menyerang media sosial pelumba Jepun, Shinji Nakano.

Ridwan yang juga adik kepada atlet berbasikal trek negara, Muhammad Shah Firdaus Sahrom berkata dalam perlumbaan keirin pelbagai perkará boleh berlaku.

“Kepada semua peminat sukan Malaysia, tolong jangan serang negara lain berkaitan kemalangan dalam final keirin Sukan Olimpik melibatkan Shah dan pelumba Jepun.

“Dalam perlumbaan keirin, segalanya boleh berlaku, kita tidak boleh menyalahkan atau menghakimi apa yang berlaku, sama ada ia satu kemalangan atau tidak.

“Tolong kekal tenang dan tidak menyerang atau komen yang buruk di media sosial pelumba Jepun itu,” katanya salam satu hantaran terbaru di Instagram pada hari ini.

Ridwan berkata demikian selepas Shah Firdaus terlibat dalam kemalangan semasa memecut ke garisan penamat dalam perlumbaan penentuan pingat acara keirin Sukan Olimpik Paris 2024 di Velodrom Nasional Perancis hari ini.

Terdahulu, Shah Firdaus memuat naik satu hantaran yang meluluhkan hati rakyat Malaysia.

Menerusi hantaran terbaru di Instagram peribadi miliknya, Shah Firdaus memohon maaf kepada rakyat di negara ini atas perkara yang berlaku semasa perlawanan hadi.

“Saya minta maaf, Malaysia,” memetik hantaran di igstory miliknya.

Hantaran tersebut mendapat perhatian orang ramai di mana rata-rata mereka sedih dan mengatakan atlet itu telah mempamerkan semangat juang yang tinggi ketika acara itu.

Sumber: @muhammad_ridwan01/Instagram