Siakap Keli
Korea Utara
Kredit: AFP

Korea Utara Bakal Buka Negara Untuk Pelancong Melawat Bermula Disember Ini

Korea Utara Bakal Buka Negara Untuk Pelancong Melawat Bermula Disember Ini

Korea Utara dilapor akan membuka semula sempadan antarabangsanya dan bersedia menerima kedatangan pelancong secara terhad bermula Disember ini.

Dua pengendali agensi pelancongan memaklumkan perkara itu selepas hampir lima tahun Korea Utara menutup pintu masuk ke negaranya akibat pandemik.

Koryo Tours dan KTG Tours yang berpangkalan di Beijing mengesahkan pembukaan itu menerusi kenyataan yang dimuat naik di laman sesawang berasingan, pada Rabu.

Untuk permulaan, para pelancong dibenar melawat bandar Samjiyon yang merupakan tempat kelahiran bekas pemimpin negara itu, Kim Jong Il.

Korea Utara buka semula sempadan negara untuk pelancong melawat bermula Disember ini

Samjiyon terletak di kawasan pergunungan di Gunung Paektu dan bersempadan dengan China.

“Kami sudah menerima pengesahan daripada rakan kongsi tempatan (di Korea Utara) bahawa aktiviti pelancongan di Samjiyon akan dibuka semula.

“Manakala pelancong dijangka boleh melancong ke seluruh Korea Utara bermula Disember ini,” Koryo Tours.

Dua pengendali pelancongan telah mengesahkan perkara ini 

KTG Tours menerusi hantaran di Facebook pula memaklumkan pelancong boleh berkunjung ke Samjiyon bermula musim sejuk ini.

“Tarikh tepatnya akan disahkan kemudian dan hanya terhad untuk Samjiyon setakat ini. Tetapi, kawasan-kawasan lain seperti Pyongyang juga akan dibuka tidak lama lagi,”  maklum KTG Tours.

Korea Utara menutup sempadannya pada awal 2020 semasa pandemik melanda dunia, sekaligus menjadikan proses keluar dan masuk ke negara paling terasing di dunia itu menjadi lebih sukar.

Negara itu hanya membenarkan sebilangan pelancong kecil dari Rusia masuk ke Korea Utara bersempena lawatan Presiden Rusia, Vladimir Putin tahun ini.

Destinasi pelancongan baharu akan dibuka Mei ini

Manakala pengumuman pembukaan semula sempadan itu juga bertepatan dengan pembukaan destinasi pelancongan pantai baharu Korea Utara yang akan dibuka pada Mei 2025.

Menurut CNN, tidak dapat dipastikan sama ada Korea Utara bersedia menyambut pelancong daripada seluruh dunia.

Bagaimanapun, negara itu pernah memberi indikasi bahawa pihaknya mengutamakan pelancong-pelancong dari negara mesra dengannya seperti China dan Rusia.

BACA: Bapa Bintang Muda Euro 2024, Lamine Yamal Cedera Parah Akibat Ditikam

Sumber: CNN

Athirah

When nothing goes right, go left.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.