Siakap Keli
Risau Keselamatan
Kredit: Life360

Netizen Kongsi Guna Aplikasi Life360 Kongsi Lokasi Dengan Ahli Keluarga

Netizen Kongsi Guna Aplikasi Life360 Kongsi Lokasi Dengan Ahli Keluarga

Sejak kebelakangan ini, kes orang hilang kerap dilaporkan oleh media dan menimbulkan kebimbangan dalam masyarakat.

Kes orang hilang ini pula, ada kalanya tiada penutup yang pasti apabila mangsa tidak berjaya ditemui. Lebih perit apabila ditemui, mangsa sudah tidak lagi bernyawa.

Salah satu langkah yang boleh diambil untuk mengelakkan perkara tidak diingini daripada berlaku adalah dengan kerap berkongsi lokasi anda dengan orang terdekat setiap masa.

Sekurang-kurangnya keberadaan anda di luar berada dalam pengetahuan seseorang. Sekiranya anda tidak dapat dihubungi dalam tempoh masa tertentu, ada petunjuk yang boleh digunakan untuk menjejaki lokasi terakhir anda berada.

Guna aplikasi Life360 pantau lokasi orang tersayang

Seiring dengan peredaran zaman, berkongsi dan mengesan lokasi seseorang tidak lagi mustahil dengan adanya teknologi yang semakin canggih.

Gambar: Life360

Malah, ada aplikasi hanya perlu dimuat turun dalam telefon pintar masing dan peranti berkenaan boleh digunakan sebagai penjejak.

Salah satunya adalah aplikasi Life360 yang sangat praktikal untuk digunakan untuk berkongsi lokasi anda dengan orang terdekat.

Perkongsian berkenaan aplikasi berkenaan diambil daripada hantaran seorang pengguna X, @dayanakemesky.

Menurutnya, aplikasi tersebut membolehkan anda menjejaki lokasi yang ditujui oleh ahli keluarga terdekat sepanjang hari dengan mudah.

“Sudah sebulan saya guna. Paparan antara muka mesra pengguna dan ada rekod masa lagi. Bila sampai dekat rumah, tempat kerja atau bila waktu memandu semua kita akan dapat jejak,” katanya.

Bagaimanapun @dayanakemesky mengingatkan pengguna tidak menyalah guna aplikasi tersebut selain berkongsi lokasi diri dengan ahli keluarga atau orang yang dipercayai sahaja.

Banyak fungsi yang terdapat dalam aplikasi ini

Menurut portal rasmi Life360, aplikasi ini dibina khusus untuk tujuan mengesan lokasi seperti pergerakan antara ahli keluarga.

Dengan aplikasi tersebut, anda dapat berkongsi lokasi secara peribadi dengan individu lain atau berkongsi kedudukan dalam kumpulan yang dipanggil sebagai circle.

Selain menawarkan fungsi mengesan kedudukan, Life360 juga akan memberi notifikasi secara langsung kepada pengguna sekiranya ada ahli keluarga yang ditetapkan keluar atau baru tiba di rumah

Malah, Life360 juga menyediakan ciri pengesanan pemanduan yang mana antara lain akan memberi amaran jika ahli circle terlibat dalam kemalangan.

Life360 juga turut menyediakan fungsi-fungsi lain seperti notifikasi pelanggaran data dan sebagainya.

Walaupun kita tidak sepatutnya bergantung 100 peratus kepada aplikasi tersebut untuk menjaga keselamatan diri, sekurang-kurangnya aplikasi tersebut berguna dalam situasi-situasi tertentu.

BACA: One Piece Pecah Rekod Dunia, Siri Anime Paling Banyak Keluar Set DVD

Sumber: Life360

Athirah

When nothing goes right, go left.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.