Menurut Rekod Dunia Guinness, One Piece kini menjadi anime paling banyak mengeluarkan set DVD selepas melancarkan set DVD k3-300 baru-baru ini.
Berita gembira tersebut diumumkan semasa acara ONE PIECE DAY’24 yang menghimpunkan segala macam kandungan One Piece dan berlangsung pada 10 dan 11 Ogos lepas.
Satu dokumen pengesahan rasmi rekod berkenaan turut disampaikan dalam acara itu yang disaksikan oleh pelakon suara, Mayumi Tanaka (Monkey D. Luffy) dan Kazuya Nakai (Roronoa Zoro).
Menurut Rekod Dunia Guinness, One Piece mengeluarkan set DVD pertamanya pada 21 Februari 2001. Sejak itu, anime berkenaan melancarkan kira-kira 12 set setiap tahun sehingga ke saat ini.
Manakala set DVD ke-300 yang dilancarkan yang diterbitkan pada 3 Julai lepas pula mengandungi tiga episod daripada Wano Country Arc (1086-1088).
One Piece, anime paling popular di seluruh dunia
Terdahulu, One Piece mengekalkan statusnya sebagai anime paling popular di dunia selepas berjaya menjual lebih 500 juta salinan setakat 2023.
Lebih manis, One Piece sebenarnya memecahkan rekodnya sendiri iaitu menjual lebih 400 juta salinan yang dicatatkan pada 2022.
Untuk pengetahuan pembaca, siri anime One Piece dihasilkan berdasarkan manga Eiichiro Oda yang masih diterbitkan sehingga ke hari ini.
Anime berkenaan kali pertama bersiaran pada 20 Oktober 1999, iaitu kira-kira dua tahun selepas manga diterbitkan.
Ia mengisahkan pengembaraan Monkey D. Luffy selaku kapten lanun dan pemakan Devil Fruit, bersama krunya, Mugiwara Pirate.
Mereka mengembara di lautan luas bernama Grand Line dan memburu harta karun, One Piece untuk membolehkan Luffy menjadi Raja Lanun seterusnya.
BACA: Macam Piranha, Netizen ‘Seriau’ Tengok Anak Ikan Haruan Makan Isi Ayam ‘Sekelip Mata’
BACA: Mayat Ditemui Di Sungai Disahkan Sebagai Nidza Afham – KP Selangor