Terkini

Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
mayat disahkan nidza afham
Gambar: Efahanie via X

Mayat Ditemui Di Sungai Disahkan Sebagai Nidza Afham – KP Selangor

Azizah Najib

Mayat Ditemui Di Sungai Disahkan Sebagai Nidza Afham – KP Selangor

Klang — Penemuan satu mayat lelaki dewasa di sungai sekitar Jambatan Sungai Klang petang tadi disahkan sebagai Muhammad Nidza Afham Mokhtar, lapor Sinar Harian.

Mangsa yang berusia 23 tahun sebelum ini dilaporkan hilang ketika keluar rumah untuk berjoging pada Selasa.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan perkara tersebut.

“Mayat itu dijumpai kira-kira jam 7 petang tadi (Rabu) dan disahkan adalah individu yang dilapor hilang (Nidza Afham),” maklumnya.

Terdahulu, polis mengesahkan ada menerima laporan kehilangan penyanyi itu pada jam 4.22 pagi daripada adik mangsa.

Mangsa keluar dari rumah di Bandar Puteri, Klang dengan memakai baju berwarna biru hitam pada jam 7.45 petang Selasa.

BACA: Pilu, Suami Meninggal Dunia Selepas Dua Minggu Isteri Dijemput Ilahi

Mangsa dilaporkan menggunakan perkhidmatan e-hailing untuk ke Stadium Sultan Sulaiman, Klang. Bagaimanapun, lokasi terakhir mangsa dapat dikenal pasti di Jambatan Kota, berdekatan Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK).

“Pada 9.04 malam, teman wanita Muhammad Nidza Afham menghubungi beliau dan mendapati panggilan tersebut tidak dapat disambungkan.

“Teman wanitanya mendapati lokasi terakhir keberadaan Muhammad Nidza Afham menerusi aplikasi Find My Iphone adalah di Jambatan Kota yang terletak berdekatan Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK).

“Bagaimanapun, didapati kad ATM Muhammad Nidza Afham telah hilang,” kata Ketua Polis Daerah Klang Selatan ACP Cha Hoong Fong.

BACA: Polis Sah Terima Laporan Kehilangan Muhammad Nidza Afham

Menerusi satu hantaran kakak mangsa di platform X, telefon dan dompet milik adiknya telah ditemui di atas Jambatan Sungai Klang.

“Kami sudah periksa telefon bimbitnya, tiada unsur bergaduh atau loan shark. Semua dalam keadaan baik dan adik saya sudah habiskan larian.

“Semoga anda dapat mendoakan keselamatan adik saya dan segera ditemui dalam keadaan selamat,” katanya.

BACA: Penyanyi, Nidza Afham Dilapor Hilang Selepas Keluar Berjogging

Menempa nama dalam dunia seni selepas menyertai satu rancangan realiti televisyen, Nidza juga telah melancarkan single berjudul ‘Ternyata Bukan Aku’.

Sumber: Sinar Harian