Terkini

Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
kehilangan muhammad nidza afham
Gambar: BERNAMA

Polis Sah Terima Laporan Kehilangan Muhammad Nidza Afham

Azizah Najib

Polis Sah Terima Laporan Kehilangan Muhammad Nidza Afham

SHAH ALAM, 14 Ogos (Bernama) — Polis mengesahkan menerima laporan kehilangan penyanyi serta YouTubers Muhammad Nidza Afham Mokhtar, 23, yang telah keluar rumah pada 7.45 petang semalam dan belum pulang hingga kini.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan ACP Cha Hoong Fong berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu daripada adik mangsa pada 4.22 pagi, yang menyatakan abangnya ketika itu memakai baju berwarna biru hitam keluar dari rumah di Bandar Puteri, Klang menggunakan perkhidmatan pengangkutan e-hailing ke Stadium Sultan Sulaiman, Klang untuk berjoging.

“Pada 9.04 malam, teman wanita Muhammad Nidza Afham menghubungi beliau dan mendapati panggilan tersebut tidak dapat disambungkan.

BACA: Kes Tiga Sekeluarga Maut Dalam Kebakaran Diklasifikasi Sebagai Kes Bunuh – Polis

“Teman wanitanya mendapati lokasi terakhir keberadaan Muhammad Nidza Afham menerusi aplikasi Find My Iphone adalah di Jambatan Kota yang terletak berdekatan Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK),” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Cha berkata adik kepada Muhammad Nidza Afham telah pergi ke lokasi terakhir itu dan menjumpai satu telefon pintar iPhone berserta dompet yang berisi dokumen milik abangnya seperti kad pengenalan dan kad pelajar.

BACA: Remaja Menyamar Petugas Hospital Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

“Bagaimanapun, didapati kad ATM Muhammad Nidza Afham telah hilang,” katanya.

Sehubungan itu, Cha meminta orang ramai yang mempunya maklumat berhubung penyanyi itu untuk menyalurkan maklumat kepada Ibu Pejabat Polis (IPD) Klang Selatan di talian 03-33762222 atau mana-mana balai polis berhampiran.

Terdahulu media melaporkan penyanyi Aufahanie memohon orang ramai mendoakan agar abangnya, Muhammad Nidza Afham yang hilang sejak malam tadi segera ditemui.

Beliau berkata abangnya keluar ke Stadium Sultan Suleiman, Klang dengan menaiki e-hailing untuk berjoging.

Sumber: BERNAMA