Siakap Keli
Hilang
Kredit: @efaperfume via X

Penyanyi, Nidza Afham Dilapor Hilang Selepas Keluar Berjogging

Penyanyi, Nidza Afham Dilapor Hilang Selepas Keluar Berjogging

Penyanyi, Nidza Afham dilapor hilang selepas keluar berjogging di sekitar Stadium Klang kira-kira 11.30 malam tadi.

Berita kehilangan Nidza dimaklumkan sendiri oleh kakaknya menerusi satu hantaran di platform X, hari ini.

Menurut @efaperfume, telefon bimbit dan dompet milik adiknya ditemui di atas Jambatan Sungai Klang.

“Kami sudah periksa telefon bimbitnya, tiada unsur bergaduh atau loan shark. Semua dalam keadaan baik dan adik saya sudah habiskan larian.

“Semoga anda dapat mendoakan keselamatan adik saya dan segera ditemui dalam keadaan selamat,” katanya.

Tambah @efaperfume, laporan polis berhubung kehilangan Nidza juga sudah dibuat.

Adik kepada Nidza Afham turut berkongsi maklumat sama

Sementara itu, Aufahanie yang juga merupakan penyanyi dan adik kepada Nizda turut berkongsi berita kehilangan penyanyi tersebut melalui Instagramnya.

Menurut Aufahanie, adiknya mempunyai kulit bersawo matang, berketinggian kira-kira 175cm dan memiliki bentuk tubuh yang kurus.

“Minta tolong semua, doakan abang saya dijumpai dalam keadaan selamat,” katanya lagi.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat boleh nombor 011-10217071 atau 013-2735254 yang dikongsikan oleh Aufahanie.

Athirah

When nothing goes right, go left.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.