Siakap Keli
Macam Pirana
Kredit: @bangkokpost.official

Macam Piranha, Netizen ‘Seriau’ Tengok Anak Ikan Haruan Makan Isi Ayam ‘Sekelip Mata’

Macam Piranha, Netizen ‘Seriau’ Tengok Anak Ikan Haruan Makan Isi Ayam ‘Sekelip Mata’

Ikan haruan atau snakehead fish merupakan antaran hidupan air tawar yang menjadi salah satu sumber makanan kepada manusia, seperti di Malaysia.

Spesis ikan tersebut biasanya boleh ditemui di kawasan-kawasan sungai, tasik, saliran air, lombong dan sebagainya.

Lazimnya, penduduk tempatan menjadikan ikan haruan sebagai hidangan ikan bakar atau pun direneh menjadi sup.

Sesetengah mendakwa ikan haruan mempunyai khasiat yang baik untuk menyembuhkan luka, seperti luka selepas pembedahan dan selepas bersalin.

Walaupun ramai yang gemar dengan ikan haruan liar, namun ada juga yang membela ikan tersebut untuk tujuan komersial bagi menambah pendapatan.

Ikan haruan juga sebenarnya adalah spesis ikan pemangsa (karnivor) yang hidup dengan memakan haiwan lain seperti anak-anak ikan dan serangga.

Anak ikan haruan makan isi daging ayam sampai licin sekelip mata

Namun begitu, pernah tak anda melihat situasi ikan haruan atau anak ikan haruan sedang makan dengan mata kepala sendiri?

Jika tidak, video yang menjadi tular di TikTok menerusi akaun @bangkokpost.official ini mungkin boleh mengubah sedikit persepsi anda mengenai ikan haruan.

Dalam video berkenaan, seorang wanita dilihat sedang bersedia untuk meletakkan seketul isi ayam dalam kolam yang dipenuhi dengan anak ikan haruan.

Apabila wanita berkenaan meletakkan isi ayam ke dalam air, puluhan anak ikan haruan terus menyambar ayam berkenaan dan habis dalam masa beberapa saat sahaja.

Video berdurasi 57 saat itu lantas menyebabkan warganet terbeliak mata dan seakan tidak percaya dengan apa yang dilihat oleh mereka.

Rata-rata mengaitkan ikan haruan dalam situasi tersebut sama seperti spesies ikan piranha kerana giginya yang tajam dan bersikap agresif ketika diberi makan.

Pada masa yang sama, ada juga yang keliru sama ada anak ikan tersebut adalah anak ikan haruan ataupun anak ikan toman.

Video berkenaan mendapat 800 ribu lebih tontonan setakat ini

“Ramai rupanya tak tahu ikan snakehead ini ialah ikan kepala ular sama spesies dengan haruan,” komen seorang wargamaya.

“Ikan pun makan ayam sekarang. Kita makan mi segera je,” gurau seorang wargamaya.

BACA: Dakwa Jadi Mangsa Buli Siber, Imane Khelif Saman Elon Musk & J.K Rowling

@bangkokpost.official

UBON RATCHATHANI – A shoal of baby snakehead fish takes a bite of the chicken after placing it in the middle of the pond. The video clip that shows how aggressive snakehead fishes can get attracts netizens’ since many mentioned that it makes them think of Piranhas. #ปลาชะโด #ลูกปลาชะโด #snakeheadfish #chicken #fish #pond #เลี้ยงปลา บ่อน้ำ #ubonratchathani #อุบลราชธานี #ปลา #สัตว์โลกน่ารัก #สัตว์เลี้ยงtiktok #ข่าวtiktok #fishtok #ไก่

♬ original sound – Bangkok Post – Bangkok Post

Sumber: @bangkokpost.official

Athirah

When nothing goes right, go left.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.