‘Smartphone’ Epik Idaman Ramai Peminat Fotografi, Tapi Bayar RM35 Je
Pada tahun 2024 ini, rasanya amatlah sukar untuk kita bertemu dengan mana-mana individu yang tidak memiliki telefon pintar, kan?
Di mana-mana sahaja anda pergi, pasti mudah untuk kita berselisih dengan orang ramai yang sedang menggunakan telefon pintar masing-masing.
Telefon pintar yang ada dalam pasaran pula biasanya mempunyai spesifikasi dan kelebihan tertentu.
Biasa yang dicari oleh pengguna tentulah telefon pintar yang cukup berkuasa untuk digunakan bagi tujuan gaming dan juga fotografi.
Salah satu telefon yang menjadi pilihan orang ramai untuk kedua-dua tujuan tersebut sudah tentulah Samsung Galaxy S24+.
Telefon pintar pada kelas premium ini memang menawarkan prestasi yang cukup epik dan kualiti fotografi yang mengagumkan.
Tetapi, walaupun ramai yang menyimpan hajat nak mendapatkan peranti berkenaan, namun hasrat itu terpaksa dipendam begitu sahaja kerana kewangan tidak mengizinkan.
Harganya yang mencecah angka RM5,000 adalah di luar kemampuan rata-rata rakyat Malaysia, kan? Itulah hakikat pahit yang terpaksa ditelan.
Eh, janganlah sedih sangat.
Sebenarnya, ada cara macam mana anda boleh berpeluang memiliki Samsung Galaxy S24+ ini pada harga yang sangat-sangat mampu milik iaitu RM35 je.
Woww, biar betul? Tak main-main ke ni?
Ya, betul. Memang ada cara nak miliki telefon pintar berharga RM4,999 itu pada harga RM35 je. Meh sini datang rapat, ikut je cara-cara kat bawah.
Sertai peraduan “Langgan & Menangi #EpikRewards”
Caranya adalah dengan menyertai kempen “Langgan & Menangi #EpikRewards” yang dianjurkan oleh pengendali rangkaian maya mudah alih yang paling pesat berkembang di Asia Tenggara, Tune Talk.
Yang bestnya, kempen ini terbuka kepada semua pelanggan baru dan pelanggan sedia ada Tune Talk. Maknanya, anda yang baru je nak beralih ke Tune Talk juga berpeluang untuk memiliki Samsung Galaxy S24+ pada harga RM35 je.
Jadi, apa sebenarnya kempen “Langgan & Menangi #EpikRewards” ni?
Bermula dari 29 Julai hingga 31 Ogos ini, pelanggan yang melanggan pelan serendah RM35 menerusi Pelan Epik35 atau langgan Pelan Epik5G45 dan Epik50 secara automatik boleh menyertai kempen ini.
Pelanggan sedia ada Tune Talk yang aktif melanggan Pelan Epik selama tiga bulan bermula dari Mei hingga Julai juga berpeluang memenangi telefon pintar premium berkenaan.
Selain hadiah utama telefon pintar Samsung Galaxy S24+, anda juga berpeluang memenangi baucar Tealive dan KFC bernilai RM10.
Cara-cara nak sertai kempen ini pun mudah je, kami kongsikan dibawah:
Untuk pelanggan baru
- Muat turun dan buka aplikasi Tune Talk.
- Langgan mana-mana pelan yang ditawarkan iaitu Pelan Epik35, Epik5G45 atau Epik50.
- Satu notifikasi pengesahan langganan akan dihantar dalam tempoh 24 hingga 48 jam.
- Tebus baucar Tealive dan KFC bernilai RM10 pada bahagian Tune Talk Lifestyle Rewards dalam Aplikasi Tune Talk.
- Penebusan baucar adalah secara ‘siapa cepat, dia dapat’ & sah hanya untuk sekali tebus.
- Anda kini secara automatik telah menyertai kempen “Langgan & Menangi #EpikRewards” dan berpeluang memenangi Samsung Galaxy S24+.
Untuk pelanggan sedia ada
- Buka aplikasi Tune Talk.
- Semak notifikasi dalam aplikasi yang dihantar selepas pembaharuan langganan yang dibuat secara automatik*.
- Tekan “Yes” untuk mengesahkan penyertaan.
- Pemenang baucar yang layak untuk penebusan akan dipilih setiap minggu.
- Pemenang akan menerima notifikasi dalam aplikasi & notifikasi pop-up yang dihantar secara mingguan.
- Pemenang boleh menebus baucar Tealive dan KFC bernilai RM10 pada bahagian Tune Talk Lifestyle Rewards dalam Aplikasi Tune Talk.
- Penebusan baucar adalah secara ‘siapa cepat, dia dapat’ & sah hanya untuk sekali tebus.
- Anda kini secara automatik telah menyertai kempen ‘Langgan & Menangi #EpikRewards’ dan berpeluang memenangi Samsung Galaxy S24+.
*Hanya tersedia untuk pengguna yang sudah melanggan pelan dan membuat pembaharuan automatik pada Mei 2024.
Mudah je kan? Pemenang hadiah utama Samsung Galaxy S24+ pula akan diumumkan oleh Tune Talk pada 9 September nanti.
Jadi, usah bertangguh. Segera bertukar ke nombor talian Tune Talk dan langgan Pelan Epik35, Epik5G45 atau Epik50.
Siapa tahu, Samsung Galaxy S24+ bernilai RM4,999 mungkin menjadi milik anda.
Untuk maklumat lanjut, layari laman web dan Facebook Tune Talk.