Tular Rakaman Suami Ikat Isteri Pada Motosikal & Seret Keliling Kampung
Sebuah video yang menunjukkan detik-detik seorang wanita diikat pada motosikal dan diseret suaminya mengelilingi kampung menjadi tular di media sosial.
Insiden menyayat hati itu dilapor berlaku di Nagaur, Rajashtan di India kira-kira sebulan yang lalu. Manakala video berkenaan hanya menjadi tular sejak Isnin lepas.
Pelaku yang berusia 28 tahun dan berada dalam keadaan mabuk ketika kejadian itu berlaku sudah pun ditahan oleh pihak berkuasa.
Menurut Indian Express, pasangan itu terlibat dalam pertengkaran selepas pelaku tidak berpuas hati dengan cara si isteri bercakap dengan ibunya.
Merasa berang dengan percakapan si isteri ketika bercakap dengan ibunya, pelaku kemudian bertindak mengikat wanita itu pada motosikalnya.
Suami ikat isteri pada motosikal, seret keliling kampung
Dia seterusnya bertindak menunggang motosikal berkenaan sambil menyerat isteri mengelilingi kampung.
Insiden berkenaan kemudian sampai kepada pengetahuan pihak berkuasa tempatan selepas video yang merakam tindakan pelaku menjadi tular.
Menurut jurucakap Polis Nagaur, Supritendan Narayan Togas, tangkapan ke atas pelaku sudah pun dibuat oleh pihaknya.
“Selepas kami melihat video itu, kami terus melakukan tangkapan ke atas pelaku biarpun isterinya tidak membuat sebarang laporan polis.
“Si isteri telah pun berpindah ke Jaisalmer dan tinggal dengan kakak iparnya buat sementara waktu. Dia akan pulang semula ke Nagaur tidak lama lagi.
Kes dalam siasatan polis, pelaku berkahwin dengan mangsa enam bulan lepas
“Kami akan siasat motif pelaku bertindak demikian dan cuba mendapatkan maklumat daripada si isteri sekiranya pernah menjadi mangsa penderaan sebelum ini,” kata Togas.
Tambahnya, pelaku merupakan seorang penganggur dan tinggal bersama ibunya. Dia baru sahaja berkahwin dengan isterinya kira-kira enam bulan lepas dan sering bertengkar dengan mangsa.
BACA: Sweden Sahkan Kes Pertama Varian Cacar Monyet Di Luar Afrika
Sumber: Indian Express