Disangka Sudah ‘Tiada’ Selepas Setahun Hilang, Rupanya Suami Tinggal Keluarga Demi Wanita Lain
Seorang wanita dari Indonesia baru-baru ini mendapat perhatian ramai apabila kisahnya menjadi tular di media sosial.
Difahamkan, suaminya telah menghilang selama setahun tanpa sebarang khabar.
Sebelum kehilangannya, si suami hanya memberitahu si isteri bahawa dia akan pergi ke kelurahan, namun sejak itu dia tidak pernah pulang.
Si isteri dan keluarganya telah berusaha keras mencari si suami, termasuk melaporkan kehilangannya kepada pihak berkuasa, tetapi tiada petunjuk ditemui.
Menerusi laman TikTok si isteri, wanita itu juga aktif meminta bantuan ramai untuk menjejaki si suami.
Dalam satu perkongsian, wanita tersebut memperlihatkan hantaran mesej kepada si suami berkaitan cahaya mata mereka meskipun nombor telefon si suami sudah tidak aktif.
Menerusi perkongsian lain pula, wanita itu turut berkongsi sering didatangi ‘rama-rama’ di rumah.
Pada awalnya, dia mengira itu ‘petanda’ bahawa suaminya telah tiada kerana sudah setahun lamanya menghilang, dan dia mulai pasrah.
BACA: Sasterawan Darma Mohammad Meninggal Dunia
Bagaimanapun, keadaan kini mula berubah apabila beberapa warga maya membantu mencari jejak si suami.
Salah satu akaun Instagram mendakwa telah mengesan keberadaan si suami di Palembang.
Menurut akaun tersebut, si suami pernah tinggal di Bali antara Mei hingga November 2023 sebelum berpindah ke beberapa lokasi lain dengan identiti baru.
Akaun itu juga berkongsi gambar seorang lelaki dipercayai si suami, yang kelihatan berada di sebuah kelab malam bersama seorang wanita lain.
Setelah mendapat maklumat itu, si isteri akhirnya mengetahui bahawa suaminya mungkin telah ‘berpaling’ kepada wanita lain.
Walaupun hancur, si isteri menerima berita itu dengan hati yang tabah.
Dia menyatakan bahawa dia sudah bersedia menerima apa sahaja yang bakal berlaku. Dia juga meminta bantuan orang ramai untuk memberikan maklumat lanjut tentang keadaan suaminya demi anak-anak mereka.
BACA: Intan Najuwa Kongsi Momen ‘Gender Reveal’ Cahaya Mata Sulung
Terkini, tersebar sebuah rakaman video yang memaparkan si isteri telah bertemu dengan wanita yang dipercayai menjadi pasangan selingkuhan si suami.
Dalam satu temu bual, si isteri tersebut turut memaklumkan bahawa dia menunggu kehadiran si suami selepas ‘menyerang’ wanita tersebut.
Namun, si suami tidak juga muncul.
Akhirnya, si isteri tersebut memilih untuk pulang kerana bimbangkan anak-anaknya di rumah.
Dia juga kini pasrah dengan keadaan meskipun hatinya sedang ‘hancur’ kerana dikhianati suami sendiri.
BACA: Motif Pembunuhan Dua Beranak Dipercayai Akibat Keganasan Rumah Tangga
Sumber: Tribun News