Siakap Keli
gender reveal intan najuwa
Kredit: Intan Najuwa via Instagram

Intan Najuwa Kongsi Momen ‘Gender Reveal’ Cahaya Mata Sulung 

Intan Najuwa Kongsi Momen ‘Gender Reveal’ Cahaya Mata Sulung 

Pelakon wanita, Datin Intan Najuwa, baru-baru ini mencuri perhatian ramai apabila berkongsi momen istimewa mengadakan ‘gender reveal’ bagi cahaya mata sulungnya bersama suami tercinta.

Dalam satu rakaman video, Intan dan suaminya kelihatan gembira sambil memegang cawan kaca kosong, dengan di hadapan mereka, terdapat sebiji kek putih berbentuk hati.

Suasana gembira itu bertambah manis apabila mereka akhirnya mendedahkan bakal menimang cahaya mata perempuan tidak lama lagi.

Difahamkan, momen penuh makna ini berlangsung di sebuah kediaman indah di London.

Majlis ini, walaupun diadakan secara sederhana, tetapi penuh bermakna Intan dan suami.

Ia juga dipercayai diadakan serentak dengan sambutan ulang tahun kelahiran Intan yang ke-27 dan ulang tahun perkahwinannya bersama suami.

“Ini adalah hadiah terbaik,” ujarnya dalam hantaran itu.

Dalam pada itu, terdapat juga komen dari warga maya yang mengingatkan bahawa jantina bayi boleh berubah walaupun pada mulanya dijangka seorang perempuan.

Intan menjelaskan bahawa apa yang paling penting bagi beliau dan suaminya adalah agar anak mereka dilahirkan dengan sihat dan bahagia.

“Sekadar ingin berkongsi bahawa saya telah melakukan ujian NIPT dan ujian darah lengkap untuk mengetahui jantina bayi.

“Ini bukan seperti imbasan biasa. Doktor menyebut bahawa ujian NIPT adalah hampir 99% tepat.

“Jadi, jangan ‘bunuh’ kegembiraan ini, okay? Sama ada anda percaya atau tidak, bagaimana kalau kita tak perlu bercakap mengenainya?

“Gender reveal dibuat untuk keseronokan, dan ini adalah untuk video kenang-kenangan.

“Sejujurnya, saya tidak kisah jika kami akhirnya mempunyai anak lelaki atau perempuan, asalkan bayi kami sihat dan bahagia,” jelasnya.

Kredit: Intan Najuwa via Instagram

Terdahulu, Intan, yang nama sebenarnya ialah Intan Najuwa Abdul Wahid, 27, memaklumkan bahawa beliau kini berada di London untuk membeli keperluan bayi yang bakal lahir.

Untuk pengetahuan, Intan telah mendirikan mahligai bahagia bersama seorang usahawan berjaya, Datuk Ahmad Azraf Azman, pada 18 Ogos tahun lalu.

Pasangan tersebut telah mengumumkan berita gembira mengenai kehamilan anak pertama mereka pada 18 Julai lalu.

BACA: Intan Najuwa Selamat Berkahwin, Mas Kahwin RM 20 Ribu & Barang Hantaran RM 222 Ribu

BACA: Bakal Terbang Ke London Untuk Beli Barang Bayi, Intan Najuwa Nafi Guna Wang Suami

BACA: Catwalk Lee Zii Jia Buat Pusat Beli-Belah ‘Bergema’

Sumber: Intan Najuwa via Instagram

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.