Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Terokai Dunia Penuh Keajaiban di 118 Mall Sempena Sambutan Perayaan Sulung

Dunia Penuh Keajaiban di 118 Mall

KUALA LUMPUR, 19 November 2026 – Dunia dongeng The Living Storybook kini menjadi kenyataan di 118 Mall, menjanjikan pengalaman penuh keajaiban buat para pengunjung!

Iklan

Baru sahaja membuka pintunya pada 1 November 2026, destinasi beli-belah terbaharu di Kuala Lumpur ini mengajak pengunjung menyelami kemeriahan musim perayaan dalam suasana yang diinspirasikan daripada kisah dongeng, dengan tarikan istimewa hasil kerjasama bersama The LEGO Group: LEGO Santa’s Toy Factory.

Mulai hari ini sehingga 27 Disember 2026, The Atmosphere di Aras 4, 118 Mall tampil dengan suasana perayaan yang memukau, menghimpunkan dua dunia penuh keajaiban dalam ruang seluas 15,000 kaki persegi.

Pengunjung berpeluang menyelami dunia kisah dongeng yang dihiasi pelbagai dekorasi perayaan yang unik dan menarik, di samping meneroka kreativiti dan imaginasi tanpa batas menerusi aktiviti permainan LEGO yang menyeronokkan. Tarikan istimewa ini menjanjikan pengalaman bermakna buat seisi keluarga, tanpa mengira usia.

Berlatarkan kubah kaca spektakular berdiameter 88 meter, tarikan perayaan ini menampilkan pesona yang berbeza sepanjang hari.

Pada waktu siang, ruang ini diterangi cahaya matahari semula jadi yang menembusi kubah kaca, manakala menjelang malam, paparan visual berwarna-warni pada skrin LED menghidupkan suasana perayaan dengan penuh kemeriahan.

Ketua Pegawai Eksekutif PNB Merdeka Ventures, Dato’  Ir. Ts. (Dr.) Izwan Ibrahim, ketika berucap pada majlis pelancaran tarikan perayaan 118 Mall bersama media, berkata, “Sempena sambutan akhir tahun yang julung kali diadakan ini, kami ingin mempersembahkan sesuatu yang istimewa dan mampu mencetuskan imaginasi, di samping memberi peluang kepada pengunjung untuk menikmati kemeriahan musim perayaan bersama keluarga dan rakan-rakan dalam suasana unik di presint ikonik Merdeka 118.

“Sebagai sebuah destinasi bertaraf dunia, Merdeka 118 menawarkan lebih daripada sekadar pengalaman membeli-belah di 118 Mall. Kami berharap kunjungan ke pusat beli-belah ini turut membuka peluang kepada orang ramai untuk meneroka pelbagai tarikan lain di sekitar presint.

“Sambutan ini merupakan permulaan kepada lebih banyak detik istimewa yang bakal kami hadirkan di Merdeka 118 untuk dinikmati bersama, tanpa mengira usia.”

Sambutan Perayaan Menakjubkan: Sebuah Kisah Krismas

Setiap kisah dongeng bermula dengan sentuhan magis, dan di 118 Mall, pengembaraan ini bermula di The Living Storybook Portal. Pintu gerbang ini mengalu-alukan pengunjung ke sebuah dunia yang diinspirasikan daripada kisah dongeng kegemaran ramai, dihiasi helaian buku cerita bersaiz gergasi, dekorasi perayaan klasik serta pelbagai hiasan unik yang menarik untuk diabadikan dalam gambar.

Suasana ini menjadi latar yang cukup indah buat seisi keluarga merakam detik kemeriahan musim perayaan dan mencipta kenangan manis bersama.

Meneruskan pengembaraan, pengunjung akan melalui Canopy Walkway yang berkilauan, dihiasi deretan pokok perayaan yang menjulang tinggi, dedaunan menghijau serta aneka perhiasan berkilau, sebelum tiba di Giant Book Staircase.

Struktur tangga berbentuk buku gergasi yang cukup mengagumkan ini menjadi tarikan utama, sekali gus menawarkan sudut bergambar yang istimewa buat para pengunjung.

Pengembaraan diteruskan ke Enchanted Forest, dengan hiasan bertemakan alam semula jadi dan gemerlapan lampu yang mewujudkan suasana bak dunia fantasi.

Di sini, seisi keluarga boleh bergambar di atas Santa Sleigh yang dihiasi indah, manakala Wishing Tree setinggi 40 kaki tersergam megah sebagai simbol harapan dan kegembiraan sempena musim perayaan ini.

Bagi menambah kemeriahan sambutan, pengunjung turut berpeluang bertemu dan bergambar bersama Santa di Meet-and-Greet Corner serta mengasah kreativiti menerusi pelbagai bengkel aktiviti sempena Krismas.

Antara aktiviti yang disediakan termasuk membuat hiasan gantung Krismas bertemakan kisah dongeng, menghasilkan perhiasan Krismas daripada bahan kitar semula, membina miniatur perkampungan Krismas serta mereka cipta lampu hiasan daripada bahan terpakai.

Pengunjung boleh bertemu dan bergambar bersama Santa dan Santarina pada 28 November, 5 Disember dan 6 Disember, pukul 3:00 petang, serta pada 29 November, pukul 6:00 petang.

Bagi yang ingin menyertai bengkel kreatif, sesi akan diadakan pada 29 November, 5 Disember dan 6 Disember, pukul 4:00 petang.

Selain itu, pelbagai aktiviti menarik turut disediakan sepanjang musim Krismas untuk dinikmati bersama keluarga dan rakan-rakan.

Majlis pelancaran tarikan perayaan pada 19 November 2026 turut dimeriahkan dengan persembahan istimewa oleh 85 ahli koir daripada The Philharmonic Society of Selangor (The Phil), yang mengalunkan lagu-lagu Krismas dan menghidupkan suasana perayaan di The Atmosphere.

Intipati
  • 118 Mall membuka pintu pada 1 November dan mengadakan sambutan perayaan sulung hingga 27 Disember.
  • Tarikan di The Atmosphere menggabungkan The Living Storybook dengan LEGO Santa’s Toy Factory.
  • Pengunjung boleh menyertai sesi bertemu Santa, bengkel kreatif dan aktiviti keluarga sepanjang musim Krismas.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan