Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Nespresso, Swarovski Perkenal Koleksi Kopi Edisi Terhad Sempena Musim Perayaan

Nespresso menjalinkan kerjasama dengan jenama kristal Swarovski bagi memperkenalkan koleksi kopi, aksesori dan mesin kopi edisi terhad sempena musim perayaan tahun ini.

Menurut kenyataan Nespresso, kolaborasi yang diinspirasikan daripada slogan ikonik jenama itu, What Else?, menggabungkan kepakaran penghasilan kopi dengan rekaan kristal Swarovski bagi menawarkan koleksi yang menampilkan unsur kreativiti dan kemewahan.

Koleksi berkenaan turut menampilkan pembungkusan berwarna-warni yang diinspirasikan daripada bentuk oktagon serta palet warna ikonik Swarovski.

Antara produk yang diperkenalkan ialah Festive Crystal Spark Espresso bagi mesin Nespresso Original dan Festive Crystal Spark Double Espresso untuk mesin Vertuo.

Kedua-dua kopi berkenaan dihasilkan daripada gabungan biji kopi Arabika dari Guatemala dan Costa Rica serta kopi Robusta Asia, dengan profil rasa bijirin dipanggang, koko, karamel dan rempah.

Selain itu, Nespresso turut memperkenalkan dua pilihan kopi berperisa, iaitu Hazelnut Brownie Flavoured dan Blueberry Cheesecake Flavoured, yang menggunakan biji kopi Arabika dari Brazil dan Colombia.

Hazelnut Brownie Flavoured menawarkan gabungan rasa brownie dan aroma kacang hazel panggang, manakala Blueberry Cheesecake Flavoured menampilkan rasa jem beri biru, kek keju serta sentuhan karamel.

Dalam pada itu, Nespresso turut memperkenalkan kalendar Advent bagi mesin Original dan Vertuo yang mengandungi pilihan kopi baharu serta perisa sedia ada, selain aksesori eksklusif.

Kalendar berkenaan turut menyediakan dua kapsul kopi pada hari tertentu untuk dinikmati bersama keluarga atau insan tersayang.

Bagi melengkapkan koleksi musim perayaan itu, Nespresso menawarkan Travel Mug dengan kemasan keluli tahan karat berwarna hijau yang dihiasi corak Swarovski.

Cawan berkenaan boleh dipadankan dengan Travel Mug Holder yang dihiasi 36 kristal hijau.

Kolaborasi itu turut menyaksikan pengenalan mesin kopi CitiZ Platinum dengan kemasan kristal Swarovski, yang menggabungkan teknologi penyediaan kopi Nespresso dengan elemen rekaan premium.

Selain produk kopi dan aksesori, Nespresso memperkenalkan beberapa resipi minuman menggunakan koleksi edisi terhad berkenaan.

Antaranya ialah Blueberry Cheesecake Creamy Iced Latte yang menggunakan kopi Blueberry Cheesecake Flavoured, Hazelnut Pink Brownie Mocktini yang menggabungkan kopi berperisa hazelnut brownie bersama susu cair dan coklat, serta Crystal Spark Matcha Affogaccino.

Resipi Crystal Spark Matcha Affogaccino pula menggabungkan kopi Crystal Spark dengan aiskrim pistachio, buih susu berperisa matcha dan taburan pistachio hancur.

Koleksi musim perayaan Nespresso x Swarovski mula ditawarkan pada 21 Oktober 2026 untuk tempoh terhad menerusi butik Nespresso dan platform dalam talian jenama itu.

Produk terpilih daripada koleksi tersebut turut ditawarkan di butik Swarovski terpilih di seluruh dunia.

Orang ramai boleh mengikuti akaun media sosial rasmi Nespresso, @nespresso, bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai koleksi berkenaan.

Intipati
  • Nespresso dan Swarovski memperkenalkan koleksi kopi, aksesori serta mesin edisi terhad musim perayaan.
  • Produk utama termasuk kopi Crystal Spark, pilihan berperisa, kalendar Advent dan Travel Mug berhias kristal.
  • Koleksi itu mula ditawarkan pada 21 Oktober 2026 melalui butik dan platform dalam talian Nespresso.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan