Siakap Keli
Catwalk Lee Zii Jia
Gambar: Tangkap layar Fb & X

Catwalk Lee Zii Jia Buat Pusat Beli-Belah ‘Bergema’

Catwalk Lee Zii Jia Buat Pusat Beli-Belah ‘Bergema’

Jeritan peminat-peminat pemain badminton perseorangan negara, Lee Zii Jia kedengaran ‘bergema’ di ruang sebuah pusat membeli-belah apabila atlet itu melakukan penampilan ‘catwalk’, lapor Stadium Astro.

Tambahan lagi, momen-momen kebangkitan pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Paris 2024 itu masih segar dalam ingatan.

Dalam video ringkas yang dikongsikan di media sosial, Zii Jia mengenakan jaket berwarna biru putih, berkaca mata hitam dan seluar pendek, tak ubah seperti ‘Oppa’.

Gambar: Tangkap layar X

Lebih mencuri perhatian, dia turut membawa bersama pingat yang dimenanginya itu termasuk memberi peluang kepada peminat untuk menyentuhnya.

https://x.com/flyfm958/status/1824721472902009051?s=46

Terdahulu, pemain perseorangan badminton negara itu berjaya menebus kekecewaan setelah gagal mara ke perlawanan akhir Sukan Olimpik 2024 di Paris dengan menghadiahkan pingat gangsa buat Malaysia, lapor SK.

Pemain berusia 26 tahun ini meraih pingat tersebut selepas menewaskan Lakshya Sen dari India dalam aksi di Porte de La Chapelle. 

Zii Jia berjaya mengatasi Lakshya Sen dalam perlawanan tiga set dengan keputusan 13-21, 21-16 dan 21-11.

Kemenangan ini turut merapatkan jurang pertemuan antara Zii Jia dan Sen, menjadikannya 2-4. 

Zii Jia telah memberikan segalanya demi Malaysia walaupun terpaksa menerima pelbagai kritikan dari luar gelanggang.

Pencapaian itu menjadikan Zii Jia sebagai pemain perseorangan ketiga dari Malaysia yang memenangi pingat di Sukan Olimpik.

Pemain pertama ialah Datuk Rashid Sidek yang meraih pingat gangsa pada Sukan Olimpik Atlanta 1996, diikuti oleh Datuk Lee Chong Wei yang memenangi pingat perak pada edisi Beijing 2008, London 2012, dan Rio de Janeiro 2016.

https://www.facebook.com/syam7908/videos/911980674086619/?ref=embed_video&t=1

BACA: Hairul Azreen Bawa Lee Zii Jia Datang Rumah, Tunai Impian Alisa

BACA: Kenali Lee Zii Jia, Pemenang Pingat Gangsa Perseorangan Lelaki Olimpik 2024

BACA: Pancing Zii Jia Nasi Lemak & Teh ‘O’ Ais, Hairul Azreen Dapat Hadiah Bulu Tangkis & Raket

Sumber: Stadium Astro

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.