Siakap Keli
impian alisa lee zii jia
Gambar: Instagram @hairulazreen

Hairul Azreen Bawa Lee Zii Jia Datang Rumah, Tunai Impian Alisa

Menangis Nak Jumpa, Hairul Azreen Bawa Lee Zii Jia Datang Rumah, Tunai Impian Alisa

Baru-baru ini tular video memaparkan gelagat anak pasangan pelakon Hairul Azreen dan Hanis Zalikha, Alisa Aisyah yang ingin bertemu dengan pemain perseorangan badminton lelaki negara, Lee Zii Jia hingga mencuri perhatian ramai.

Dalam klip yang dimuat naik oleh bapanya di akaun Instagram @hairulazreen, memaparkan keinginan Alisa untuk bertemu pemain itu.

Bahkan anak pasangan itu menangis teresak-esak susulan tidak berkesempatan bertemu pemain berusia 26 tahun kerana dia berada di sekolah pada ketika itu.

“Apa yang awak nak?” tanya Hairul.

” Saya nak jumpa Lee Zii Jia,” jawab Alisa.

“Lee Zii Jia dah balik. Lain kali okey?,” jelas Hairul kepada anaknya.

Walau bagaimanapun, Hairul berusaha memenuhi permintaan anak perempuannya itu.

Gambar: Instagram @hairulazreen

“Malam semalam, daddy cakap LZJ akan datang. Tetapi Alisa berada di sekolah bila dia datang.

“Terima kasih uncle @leeziijia kerana sudi datang balik,” tulis Hairul di platform media sosial itu.

Dalam klip yang dikongsikan itu, menunjukkan Zii Jia membuat kejutan kepada Alisa apabila hadir ke rumahnya.

Dia pada awalnya seperti terkedu sebelum menghulurkan tangan untuk bersalam dengan Zii Jia.

Bahkan Alisa sempat bermesra dan bermain badminton dengan pemain perseorangan negara itu.

BACA: Ini Senarai Baju Kontinjen Negara Lain Ke Olimpik Paris 2024

Alisa jelas teruja dapat bertemu dengan atlet itu bahkan siap “smash” sewaktu bermain badminton di dalam rumah.

Gambar: Instagram @hairulazreen

Sementara itu, menjengah ke ruangan komen rata-rata netizen turut menyifatkan Alisa bertuah dapat bertemu dengan atlet badminton itu.

Selain itu, netizen turut memuji sikap Alisa yang sopan ketika bertemu dengannya.

“Manis je tengok Alisa salam pakcik Lee Zii Jia. Bagus Alisa ni,” komen seorang pengguna.

“Sekali dia libas, makcik pun terkejut. Seronoknya minta terus dapat jumpa,” tulis seorang pengguna lain.

“Alahai, kanak-kanak lain sibuk nak jumpa artis. Dia nak jumpa Lee Zii Jia. Comel sangat,” kata pengguna media sosial itu.

Sumber: Instagram @hairulazreen

BACA JUGA: Terumbu Karang Haiwan Atau Tumbuhan? Ini Fakta Yang Ramai Tak Tahu

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"