Perpisahan dengan insan tersayang bukan sesuatu yang mudah, apatah lagi bila terpaksa berjauhan dalam tempoh yang lama.
Bagi mereka yang bekerja di luar negara, peluang untuk bertemu keluarga mungkin tidak datang selalu kerana tuntutan kerja dan jarak yang memisahkan.
Namun, kepulangan atau pertemuan yang tidak disangka-sangka pastinya menjadi momen yang cukup bermakna. Lebih-lebih lagi bila ia melibatkan insan yang paling dirindui.
Ibu buat kejutan lepas 7 bulan berjauhan dengan anak-anak
Seperti yang dikongsikan oleh Nur Shahida Chek di Threads yang menyaksikan momen ketika dia membuat kejutan buat anak-anaknya selepas tujuh bulan tidak bertemu.
Shahida berjauhan dari keluarganya kerana bekerja di Arab Saudi sebagai jururawat sejak April lalu.
Menerusi video yang dikongsikan, Shahida dilihat membuat kejutan buat keluarganya di sebuah kedai makan.

Momen itu membuatkan ramai turut merasa sayu, lebih-lebih lagi apabila melihat anaknya yang paling kecil menangis.
“Alhamdulillah..kejutan menjadi..berbulan simpan rahsia..7 bulan tak jumpa anak-anak mama..terima kasih keluarga saya sebab bagi kerjasama,” katanya.
Ketika ditemu bual SK, Shahida turut meluahkan rasa syukur kerana direzekikan bertemu anak-anaknya.
“Saya baru bekerja dalam bulan April, kalau ikutkan terpaksa balik tahun depan. Tapi rezeki dapat balik tahun ni,” katanya.
(Video)Mengalir Air Mata Si Ayah, Baru Balik Lepas Solat Tarawih Anak-Anak Buat Kejutan Hadiahkan Kereta Baru
(Video) “Ibu Tak Faham…”, Mulanya Ingat Beli ‘Casing’ Je, Ibu Menangis Terharu Dapat Kejutan ‘Handphone’ Dari Anak-anak
(Video) “Suara Pun Tak Cam,” Hampir Setahun Tak Jumpa, Ibu Sebak Anak Buat Kejutan
Perkongsiannya itu semestinya menarik perhatian ramai, yang turut merasa hiba melihat momen tersebut.
“Kakak dengan abangnya sabar je tunggu giliran. Jap nape skrin kabur ni”
“Saya bukan anak akak tapi kenapa saya ikut nangis jugak ni”
“Tak ada apa yang lebih indah melainkan dapat peluk mak. Alahai. Acik pun sebak”
Semoga Shahida sekeluarga berbahagia dan dirahmati selalu.
