Kelab Gergasi Dunia Anjurkan Piala ‘Sejarah’ Persis Piala Sultan Selangor
Jika di Malaysia ada Piala Sultan Selangor, tahukah anda kelab-kelab terkemuka dunia juga memiliki piala kejohanan sebagai tanda penghormatan sejarah kelab masing-masing.
SK mengambil tiga kelab utama dunia iaitu Real Madrid, Barcelona dan Bayern Munich dalam penulisan kali ini.
Trofi Santiago Bernabeu (Real Madrid)
Trofi ini dianjurkan pertama kali pada tahun 1979 sehingga 2018. Sejak dunia dilanda wabak Covid-19, kejohanan ini sudah tidak lagi dianjurkan.
Piala ini bertujuan memperingati Presiden Real Madrid yang paling lama memegang jawatan iaitu Santiago Bernabeu.
Kejohanan ini biasanya dianjurkan setiap tahun pada hujung Ogos atau awal September.
Lawan Real Madrid untuk kejohanan ini berubah-ubah mengikut jemputan yang dibuat setiap tahun Edisi pertama piala ini dimenangi oleh Bayern Munich.
Manakala, Real Madrid memenangi edisi terakhir (2018) dengan menewaskan AC Milan 3-1 di final.
Joan Gamper Trophy (FC Bercelona)
Joan Gamper Trofi adalah satu perlawanan pertunjukkan yang akan diadakan pada bulan Ogos setiap tahun sebelum La Liga bermula.
Nama trofi ini diambil sempena memperingati bekas pemain dan bekas Presiden Barcelona, Joan Gamper dan kali pertama dianjurkan sejak 1966.
Kejohanan ini masih lagi dianjurkan sehingga kini dan pasukan Monaco menjadi juara terkini untuk edisi 2024 menewaskan Barcelona 3-0.
FC Barcelona menjuarai edisi pertama tahun 1966 dengan menewaskan FC Koln dari Bundesliga.
Audi Cup (Bayern Munich)
Audi Cup kali pertama diperkenalkan pada tahun 2009 bagi meraikan ulangtahun ke-100 Audi AG sebagai pengeluar automotif terkemuka Jerman.
Piala ini adalah perlawanan persahabatan melibatkan beberapa pasukan jemputan ketika pra musim.
Kali terakhir kejohanan ini diadakan pada 2019 dan Tottenham Hotspur ditabal sebagai juara menewaskan Bayern Munich.
Setiap kelab memiliki sejarah mereka tersendiri. Kejohanan seperti ini kebiasaannya bagi memperingati sejarah atau individu yang telah berbakti kepada kelab tersebut setelah sekian lama.