Siakap Keli
jennifer lopez ben affleck
Kredit: MICHAEL TRAN/AFP

Jennifer Lopez Failkan Cerai Ke Atas Ben Affleck Selepas Dua Tahun Kahwin

Jennifer Lopez Failkan Cerai Ke Atas Ben Affleck Selepas Dua Tahun Kahwin

Status sebenar mengenai hubungan pasangan popular Hollywood, Ben Affleck dan Jennifer Lopez akhirnya terjawab apabila Jennifer telah memfailkan perceraian ke atas suaminya pada Selasa, lapor AFP.

Media AS melaporkan bahawa penyanyi itu memfailkan surat cerai di Mahkamah Los Angeles.

Kertas cerai menyenaraikan tarikh perpisahan pasangan itu adalah pada 26 April lalu.

Bagaimanapun, kedua-dua bintang terkenal itu masih belum memberikan sebarang kenyataan mengenai perkara tersebut. Usaha untuk mendapatkan ulasan dari wakil atau publicist mereka juga tidak berhasil.

Sering kali digelar sebagai ‘Bennifer’, pasangan itu pertama kali bertemu pada tahun 2002 di set filem ‘Gigli’. Kisah percintaan dan pertunangan mereka telah menjadi sensasi di seluruh dunia.

Bagaimanapun, mereka menangguhkan perkahwinan yang dirancang pada 2003 dan mengumumkan hubungan mereka berakhir pada awal 2004.

BACA: Syamsul Yusof Sah Fail Cerai Terhadap Ira Kazar

Pasangan itu kembali mendapat perhatian pada tahun 2021 apabila gambar mereka bersama ditularkan.

Jennifer dan Affleck telah mengumumkan pertunangan mereka pada April 2022 dan berkahwin di Las Vegas pada bulan Julai.

Ia juga merupakan perkahwinan keempat untuk Jennifer dan kedua untuk Affleck.

Pasangan terbabit juga dilaporkan telah membeli rumah bersama bernilai $60 juta di Los Angeles tahun lalu.

Sementara itu, khabar angin mengenai masalah rumah tangga mereka telah menjadi perhatian di media sosial sejak awal tahun ini.

BACA: Isteri Baru Tanya Tarikh “Anniversary”, Suami Terus Ajak Pergi KLCC, Rupanya Sebab Ini

Peminat menyatakan bahawa Jennifer menyambut hari lahir ke-55 tanpa suaminya pada bulan lalu. Mereka juga telah menjual rumah yang dibeli bersama dan Affleck telah berpindah ke kediaman bujang yang mewah.

Jennifer sebelum ini telah berkahwin dengan pelakon, Ojani Noa, penari, Cris Judd dan penyanyi, Marc Anthony.

Affleck pula telah berkahwin dengan pelakon Jennifer Garner dan mereka dikurniakan tiga orang anak iaitu Violet, Seraphina dan Samuel.

Sumber: AFP

BACA JUGA: Kekurangan Bukan Penghalang, Wanita OKU Pendengaran & Pertuturan Capai Impian Jadi Ketua Chef

Sofea

Iqra'.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.