Syamsul Yusof Sah Fail Cerai Terhadap Ira Kazar
Pengarah filem terkenal, Syamsul Yusof, telah mengesahkan bahawa beliau telah memfailkan permohonan cerai terhadap isterinya, Ira Kazar, di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur pada Isnin.
Peguam syarie yang mewakili Syamsul, Azmi Mohd Rais, telah mengesahkan perkara berkenaan, lapor Sinar Harian.
Namun, beliau menambah bahawa tarikh sebutan kes tersebut masih belum ditetapkan.
“Setakat ini, ia masih diperingkat awal pemfailan dan makluman berkenaan perkara itu akan diberikan oleh mahkamah kelak,” katanya.
Untuk info, pernikahan dengan Ira Kazar merupakan perkahwinan kedua buat Syamsul, atau nama penuhnya Mohd Shamsul Md Yusof.
Sebelum ini, beliau telah bercerai dengan Puteri Sarah, atau nama sebenarnya Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, pada 14 Jun 2023.
Syamsul dan Puteri Sarah telah berkahwin pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua anak, Syaikhul Islam yang berusia 6 tahun, dan Sumayyah yang berusia 4 tahun.
Pada 6 Januari tahun ini, Syamsul akhirnya menjawab spekulasi mengenai hubungannya dengan Ira Kazar dengan mengesahkan bahawa mereka telah bernikah di Thailand.
BACA: Lelaki Cedera Disamun Tujuh Penjenayah Di Stesen Minyak
BACA: Dilapor Hilang Sejak Sabtu, Bapa Rayu Bantuan Ramai Kesan Muhammad Danish
BACA: Kes Keropok Beracun: Siasatan Polis Berlandaskan Undang-Undang
Sumber: Sinar Harian