Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
kes keropok beracun
Sumber: BERNAMA

Kes Keropok Beracun: Siasatan Polis Berlandaskan Undang-Undang

Hannah

Kes Keropok Beracun: Siasatan Polis Berlandaskan Undang-Undang

JITRA, 19 Ogos (Bernama) — Siasatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) terhadap kes membabitkan dua kanak-kanak maut selepas termakan keropok beracun di Kampung Padang Ubi, Labu Besar, Kulim pada Julai lepas dijalankan berlandaskan undang-undang ditetapkan.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata berkaitan tempoh dan perintah tahanan reman dikenakan ke atas suspek, pihaknya yakin polis telah mengguna pakai seksyen dan akta yang bersesuaian dengan kes berkenaan.

“Kalau ada kewajaran melanjutkan tempoh reman dan sebagainya itu bergantung budi bicara pegawai penyiasat. Kalau mereka yang disiasat tidak puas hati, ada maklumat bukan sekadar dia sahaja, tapi ada pihak lain terlibat, dia boleh sampaikan maklumat kepada polis.

“Siasatan ini sesuatu yang bersifat progresif, bukan statik, satu saja tamat di situ, tidak,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kempen Kibar Jalur Gemilang 2024 peringkat Kedah di Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah di sini hari ini.

Beliau mengulas tindakan seorang pekebun yang memuat naik video di laman Facebook Uzair Shafawi yang antara lain menyatakan tidak puas hati kerana hanya dirinya ditahan reman, sebaliknya ibu bapa serta penjaga kanak-kanak itu tidak ditahan kerana mengabaikan mangsa sehingga maut.

Dalam kejadian Julai lepas, Muhammad Akil Syauqi Nur Sufyan, 3, dan adiknya Muhammad Luth Syauqi, 2, meninggal dunia selepas termakan keropok dicampur racun tikus yang diletakkan untuk memerangkap monyet liar di kawasan kebun di Kampung Padang Ubi, Labu Besar, Kulim.

Susulan itu, seorang pekebun berusia 33 tahun direman pada 11 Julai lepas bagi membantu siasatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta 611 berkaitan pengabaian terhadap kanak-kanak dan Seksyen 284 Kanun Keseksaan.

BACA: Meneroka Kembara Arab Saudi: Lawat Pameran Pelancongan Saudi Di Putrajaya

BACA: Perdagangan Dan Eksport Catat Pertumbuhan Kukuh Dua Digit

BACA: Pelarasan Gaji Penjawat Awam, LHDN Jangka Pembayar Cukai Bertambah

Sumber: BERNAMA