Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
pameran pelancongan saudi
Tiada Kategori

Meneroka Kembara Arab Saudi: Lawat Pameran Pelancongan Saudi Di Putrajaya

Nurul Naqiyah

Meneroka Kembara Arab Saudi: Lawat Pameran Pelancongan Saudi Di Putrajaya

Ogos ini, temui kami di Pusat Beli-belah IOI Putrajaya untuk Pameran Pelancongan Saudi yang pertama seumpamanya, diterajui oleh Pihak Berkuasa Pelancongan Arab Saudi (Saudi Tourism Authority, STA).

Bermula dari 28 Ogos hingga 1 September, raikan Hari Kebangsaan Malaysia dengan tawaran eksklusif seperti beli satu tiket SAUDIA, dan dapatkan potongan 50% untuk tiket kedua, nikmati pelbagai pertunjukan menarik, serta banyak hadiah-hadiah hebat akan diberikan.

Alami kembara pengisian rohani yang bukan sekadar ibadah Umrah melalui lebih 15 pakej eksklusif baharu daripada lebih 13 agensi pelancongan terkemuka di Malaysia, dengan tawaran diskaun istimewa dari Ikhlas.com, SAUDIA, Saff Travel, Rayhar Travel dan banyak lagi.

Nikmati kepelbagaian budaya Arab Saudi dan pemandangan menakjubkan melalui pertunjukan secara maya, pameran berinteraktif dan aktiviti kebudayaan seperti di stesen Misbaha dan Zamzam di samping banyak lagi pameran diversiti budaya Arab Saudi yang pasti akan membuatkan anda terpegun.

Ikhlas, teraju utama agensi pelancongan Air Asia, turut akan melancarkan platform terbaharu mereka yang direka untuk Free Independent Travelers (FITs) yang mengaturkan perjalanan sendiri yang bukan sekadar mengerjakan Umrah.

Platform ini membolehkan para pengunjung mengatur perjalanan mereka dengan lancar – dari tiket penerbangan dan penginapan hotel, segalanya di tersedia di sini.

Samada anda ingin bercuti sambil mengenali seni budaya asing, menerokai aktiviti penuh cabaran, atau mencari pengisian rohani, Pameran Pelancongan Saudi ada segalanya yang anda impikan untuk sebuah kembara yang menakjubkan.

Tak tahu nak ke mana? Di sini ada beberapa persinggahan yang boleh anda pelajari dan temui lebih lanjut di Pameran Pelancongan Saudi:

pameran pelancongan saudi

1. Jeddah, hab kebudayaan Arab Saudi adalah gabungan kedua-dua, tradisional dan moden, yang kaya dengan kepelbagaian seni dan budaya. Al-Balad salah sebuah Tapak Warisan Dunia UNESCO, menampilkan keunikan rumah yang diperbuat daripada batu, galeri warisan bersejarah, serta kafe-kafe selesa, saling menghidupkan suasana yang indah. Sambil menikmati pemandangan Laut Merah yang mendamaikan, kaya dengan warisan bersejarah, dan berada di kedudukan tinggi untuk keselamatan di antara negara-negara G20, Jeddah adalah pilihan tepat untuk semua pengembara.

Sebagai pintu masuk untuk ke Mekah dan Madinah, serta pusat kulinari hidangan tempatan yang eklektik, Jeddah menyambut kedatangan semua tetamu dengan hati yang terbuka, samada anda bersendirian atau bersama yang tersayang, segalanya begitu lancar sebaik sahaja anda tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdulaziz.

pameran pelancongan saudi

2. Riyadh, ibu negara Arab Saudi dan pusat ekonomi yang gah, adalah sebuah bandar sibuk dan sentiasa padat dengan lebih 17,000 aktiviti tahunannya. Sebagai nadi pelancongan, Riyadh adalah akses mudah untuk melawati mercu tanda Islam, termasuklah untuk ke Diriyah’s At-Turaif asal usul pertama negara Arab Saudi yang berusia 300 tahun dan Tapak Warisan Dunia UNESCO yang dikenali sebagai sebuah tempat bersejarah dan dikenali dengan seni bina batu bata yang diperbuat daripada lumpur.

Untuk kelainan dan lari dari kesibukan kota, saksikan keindahan padang pasir melalui kembara safari di mana anda akan dihidangkan dengan sajian tradisi Arab Saudi sambil mencuba pelbagai aktiviti penuh cabaran seperti meluncur di padang pasir dan menunggang unta.

pameran pelancongan saudi

3. Diapit antara dua oasis indah di barat laut – Khaybar dan Tayma, AlUla yang juga merupakan tempat asal kaum kuno Dadan, salah sebuah bandar termaju pada alaf pertama Sebelum Masihi di Semenanjung Arab, dan Jabal Ikmah, perpustakaan terbuka yang baru-baru ini telah disenaraikan dalam Daftar Memori Dunia UNESCO.

AlUla juga telah diiktiraf sebagai sebuah Destinasi Terkemuka Dunia di TIME 2024, baru-baru ini. Dar Tantora, The House Hotel dan Sharaan Nature Reserve yang menampilkan transformasi daerah tersebut menjadi hab warisan, kebudayaan, seni, kembara dan pusat pelancongan yang terunggul.