Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
hilang Muhammad Danish
Sumber: Sinar Harian

Dilapor Hilang Sejak Sabtu, Bapa Rayu Bantuan Ramai Kesan Muhammad Danish

Hannah

Dilapor Hilang Sejak Sabtu, Bapa Rayu Bantuan Ramai Kesan Muhammad Danish

Seorang pemuda dilaporkan hilang sejak Sabtu lalu setelah keluar dari rumah ibunya di Bukit Jambul, Pulau Pinang.

Muhammad Danish Syamil Jusfaridan, 21, tidak dapat dikesan selepas meninggalkan rumah untuk bertemu dengan seorang rakan di Nibong Tebal.

Bapanya, Jusfaridan Azizat, 48, menjelaskan bahawa anak sulung daripada dua beradik itu tinggal bersama bekas isterinya.

Menurutnya, sehingga Isnin, anaknya masih belum pulang dan tidak dapat dihubungi.

“Saya difahamkan kali terakhir anak saya dilihat di Nibong Tebal dengan menunggang motosikal jenis Yamaha Y15ZR bernombor PRF 704, namun telefon bimbitnya gagal dihubungi.

“Saya juga telah menghubungi rakan-rakan dia tetapi mereka juga tidak tahu di mana dia berada. Kali terakhir kami berjumpa ialah pada Ahad minggu lalu, dia belanja saya dan adiknya makan,” katanya ketika dihubungi pada Isnin.

BACA: Kanak-Kanak Orang Asli Dilaporkan Hilang Ditemui Meninggal Dunia

Tambahnya, ketika mereka keluar makan bersama, Muhammad Danish yang bekerja di sebuah kedai makan di Relau kelihatan gembira seperti biasa.

“Dia ceria saja dan tak nampak dia ada masalah, sebab itu saya risau dia tidak pulang ke rumah malah tidak dapat dihubungi.

“Dia tak pernah hilang sebelum ini malah dia anak yang baik, tidak pernah buat hal yang tidak menyenangkan hati kami. Dia tak pernah keluar rumah dalam tempoh yang lama seperti ini menyebabkan kami sekeluarga risau,” katanya.

Sehubungan itu, Jusfaridan memohon kerjasama orang ramai untuk membantu mengesan anaknya dan menyalurkan maklumat jika mengetahui keberadaan Muhammad Danish.

“Kami sekeluarga bimbang dengan keadaan dirinya dan memohon bantuan orang ramai untuk mengesan anak saya.

“Laporan polis juga telah dibuat tengah malam tadi. Oleh itu, saya mohon orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai Muhammad Danish boleh menghubungi saya di talian 012-535 1349 atau pergi je balai polis berhampiran,” katanya.

BACA: Dilapor Hilang Sejak Rabu, Mayat Lelaki OKU Ditemui

BACA: Mayat Tanpa Identiti Ditemui Hampir Reput Di Kawasan Belukar

Sumber: Sinar Harian