Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
mayat lelaki OKU
Sumber: Sinar Harian

Dilapor Hilang Sejak Rabu, Mayat Lelaki OKU Ditemui 

Hannah

Dilapor Hilang Sejak Rabu, Mayat Lelaki OKU Ditemui

Mayat seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) yang dilaporkan hilang dipercayai lemas di Sungai Pahang berhampiran Kampung Kiambang, Gangchong, Pekan sejak Rabu lalu, telah ditemui pada Sabtu.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria, memaklumkan bahawa mayat Mahadir Abd Hamid, 49, ditemui sekitar jam 8 malam di kawasan Pulau Che Abas, Kampung Pulau Jawa.

Beliau menyatakan bahawa mayat tersebut ditemui kira-kira 23 kilometer dari lokasi di mana mangsa disyaki terjatuh ke dalam sungai.

“Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

“Operasi pencarian ditamatkan sepenuhnya jam 9.45 malam,” katanya.

Sumber: Sinar Harian

Sebelum ini, mangsa, yang dipercayai menghadapi masalah mental, dilaporkan hilang setelah disyaki terjatuh ke dalam sungai.

Ini berdasarkan penemuan selipar miliknya di atas tunggul di tepi sungai pada sekitar jam 6 petang hari kejadian.

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) telah dimulakan oleh pihak bomba selepas menerima panggilan bantuan pada jam 11.02 malam.

Operasi ini diteruskan hingga hari ketiga sebelum mayat mangsa ditemui.

Dua anjing pengesan dari Unit Anjing Pengesan (K9) Bomba turut digunakan dalam usaha mencari mangsa.

Selain itu, operasi turut melibatkan bantuan penyelam dari Pasukan Penyelamatan Di Air (PPDA) Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pekan.

BACA: Mayat Wanita Berulat Ditemui Terapung Dalam Longkang

BACA: Remaja Maut Lemas, Dipercayai Terjatuh Ke Dalam Tasik

BACA: Mayat Tanpa Identiti Ditemui Hampir Reput Di Kawasan Belukar

Sumber: Sinar Harian