Siakap Keli
Mayat Reput Belukar
Sumber: Astro Awani

Mayat Tanpa Identiti Ditemui Hampir Reput Di Kawasan Belukar

Mayat Tanpa Identiti Ditemui Hampir Reput Di Kawasan Belukar

Mayat seorang lelaki yang hampir reput ditemui dalam keadaan terbaring di dalam belukar di Bukit Chatak, Dungun, semalam.

Mayat tanpa identiti itu dijumpai oleh seorang penduduk tempatan sekitar jam 3.20 petang ketika sedang mencari kayu di kawasan berkenaan.

Ketua Polis Daerah Dungun, Supt Maizura Abdul Kadir, ketika dihubungi, mengesahkan bahawa pihaknya telah menerima laporan berhubung penemuan mayat tersebut.

Menurut beliau, saksi menemui mayat itu selepas terhidu bau busuk dari arah belukar tersebut ketika sedang mencari kayu untuk dijadikan bubu.

Saksi kemudiannya segera menghubungi pihak polis, dan sepasukan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dungun bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan.

Maizura menjelaskan bahawa pihaknya percaya mangsa telah meninggal dunia lebih dari tujuh hari, berdasarkan keadaan mayat yang sudah hampir reput.

Dalam pada itu, hasil pemeriksaan lanjut mendapati tiada unsur jenayah pada mayat tersebut.

Sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Dungun telah menjalankan operasi untuk membawa keluar mayat yang berada kira-kira empat meter dari tebing.

Mayat terbabit kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Tambah beliau, lokasi penemuan mayat tersebut berada di atas bukit dan jauh dari laluan utama.

Mayat itu dihantar ke Unit Forensik Hospital Dungun untuk pemeriksaan lanjut untuk mengenal pasti identitinya.

Kes ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

BACA: Wanita Warga Emas Maut Dibelit & Ditelan Ular Sawa

BACA: Mayat Wanita Berulat Ditemui Terapung Dalam Longkang

BACA: Remaja Maut Lemas, Dipercayai Terjatuh Ke Dalam Tasik

Sumber: Astro Awani

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.