Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
warga emas dibelit ular
Gambar: detikJogja

Wanita Warga Emas Maut Dibelit & Ditelan Ular Sawa 

Azizah Najib

Wanita Warga Emas Maut Dibelit & Ditelan Ular Sawa

Makassar, Indonesia – Seorang wanita warga emas berusia 74 tahun maut selepas dibelit dan ditelan seekor ular sawa sepanjang empat meter di Kota Palopo, Sulawesi Selatan pada Khamis, lapor CNN Indonesia.

Mayat mangsa ditemui oleh anaknya yang keluar mencari mangsa setelah semalaman mangsa tidak pulang ke rumah pada Rabu.

Ketua Kampung Padang Lambe, Awaluddin berkata, mangsa memberitahu ahli keluarganya untuk ke kebun. Namun, dia tidak kunjung pulang sehingga Khamis, menyebabkan anaknya keluar mencari mangsa, lapor detikJogja.

“Tetapi dalam perjalanan yang tidak jauh dari rumah, kira-kira 500 meter, anaknya mendapati ibunya terbaring dengan muka, kepala dan betis kiri berlumuran darah,” katanya.

BACA: Ngeri, Longgokan Ular Sawa Ditemui Dalam Saluran Air Longkang

Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Telluwanua, Yusran Sa’buran, mangsa meninggal disebabkan belitan ular sawa.

“Ya, memang benar, mangsa meninggal dunia kerana dibelit ular sawa. Mangsa yang ditemui dalam keadaan terbaring berhampiran pondok itu dalam keadaan tidak bernyawa. Kemudian anak mangsa segera menghubungi keluarga dan penduduk untuk memindahkan mangsa,” katanya.

Penduduk bersama anggota polis memeriksa keadaan mangsa yang kemudiannya dipindahkan ke tempat pengebumian. Sementara itu, penduduk yang lain berjaya mencari ular sawa itu dan membunuhnya.

BACA: (Video) Pemancing Berjaya Rakam Kemunculan Ular Sawa ‘Raksasa’, Sedang Menyusur Masuk Hutan

“Mangsa yang maut telah dibelit dan ditelan sehingga ke paras bahu namun kemudiannya dimuntahkan kembali. Ular tersebut ditemui di dalam semak dan mempunyai saiz sepanjang kira-kira empat meter.

“Penduduk yang mula emosi mencari ular itu dan membunuhnya. Ular itu juga telah ditanam oleh penduduk ,” tambah Yusran lagi.

Imbas kembali, kejadian hampir sama juga pernah berlaku di Sulawesi Selatan Julai lalu. Kejadian di Desa Siteba itu menyaksikan wanita berusia 30 tahun maut ditelan ular sawa.

Lebih memilukan, mangsa sedang dalam perjalanan membeli ubat untuk anaknya ketika diserang oleh ular sawa terbabit.

BACA JUGA: Isteri Baru Tanya Tarikh “Anniversary”, Suami Terus Ajak Pergi KLCC, Rupanya Sebab Ini

Sumber: CNN Indonesia, detikJogja