Siakap Keli
mayat wanita berulat
Gambar: Sinar Harian

Mayat Wanita Berulat Ditemui Terapung Dalam Longkang

Mayat Wanita Berulat Ditemui Terapung Dalam Longkang

Shah Alam – Mayat wanita yang sudah berulat ditemui terapung di dalam longkang besar berdekatan sebuah kawasan perumahan di Seksyen U11, Bukit Bandaraya pada Jumaat, lapor Sinar Harian.

Menurut Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim, pihaknya menerima laporan daripada orang awam berkenaan penemuan tersebut pada jam 6.30 petang.

Bagaimanapun, identiti mangsa masih belum dapat dikenal pasti.

“Si mati ketika dijumpai hanya berbaju dan berseluar dalam serta keadaan mayat berulat.

BACA: Wanita Warga Emas Maut Dibelit & Ditelan Ular Sawa

“Pemeriksaan oleh pihak forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor ke atas badan si mati mendapati tiada kesan pergelutan atau lain-lain kecederaan yang boleh menyebabkan kematian,” maklumnya.

Beliau berkata, mayat tersebut telah dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Shah Alam untuk bedah siasat dan mengenal pasti punca kematian.

BACA: Nahas Udara Elmina Berpunca Akibat Peluasan “Lift Dump Spoiler” – Laporan Akhir

Tambahnya lagi, siasatan kes terbabit diklasifikasikan di bawah laporan mati mengejut (SDR).

“Mana-mana individu yang mempunyai maklumat lanjut boleh menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Izzman Mohd Idrus di talian 013-4003355,” katanya.

Sumber: Sinar Harian

BACA JUGA: Isteri Baru Tanya Tarikh “Anniversary”, Suami Terus Ajak Pergi KLCC, Rupanya Sebab Ini

Azizah Najib

Menulis tanpa henti

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.