Polis Klang Selatan memohon kerjasama orang ramai bagi mengesan seorang remaja perempuan berusia 17 tahun yang dilaporkan hilang dari rumahnya di Kampung Raja Uda, Pelabuhan Klang, sejak Isnin lalu.
Menurut hebahan yang dimuat naik di laman Facebook, remaja berkenaan, Nurul Ain Mohd Ruzi, kali terakhir dikesan keluar dari kediamannya di nombor 9B3, Jalan Orkid 1A, KS4, Kampung Raja Uda pada 7 September lalu dan masih belum pulang sehingga kini.
Mangsa dilapor memakai kemeja putih bertulisan jenama Polo, seluar jeans biru serta bertudung hitam ketika keluar dari rumah.
Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat atau melihat individu berkenaan diminta segera menghubungi Pegawai Penyiasat Kes, Inspektor Nur Syaza Hashim menerusi talian Hotline Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan di nombor 03-3376 2222.
Orang ramai juga boleh hadir ke mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan. Pihak polis turut merakamkan penghargaan kepada masyarakat atas kerjasama yang diberikan dalam menyalurkan maklumat.

