Siakap Keli
kembar tiga kakak ipar
Kredit: Gemini AI

Bersalin Kembar Tiga, Wanita Terkilan Mentua Minta Serah Anak Seorang Dekat Kakak Ipar

Bersalin Kembar Tiga, Wanita Terkilan Mentua Minta Serah Anak Seorang Dekat Kakak Ipar

Sebut sahaja pasal jodoh, sudah tentu ia merupakan rahsia Allah SWT. Bila dan dengan siapa, cepat atau lambat semua sudah ditentukan oleh Yang Maha Esa.

Perkahwinan menjadi satu fasa yang sangat bermakna dalam kehidupan seseorang walau sedar pelbagai cabaran berumah tangga sedang menanti.

Hal ini kerana, sedia berkahwin bermakna anda bersedia untuk memikul amanah, tanggungjawab dan kepercayaan yang lebih besar.

Dalam pada itu, setiap pasangan yang berkahwin pasti ingin menimang cahaya mata sendiri. Kehadiran dan kelahiran bayi pastinya akan mengubah kehidupan anda dan pasangan kelak.

Bagaimanapun, kisah yang dilalui seorang warga maya ini selepas menimang cahaya mata tentunya mengundang rasa simpati daripada orang ramai.

Wanita luah perasaan, diminta serah anak kembar tiga kepada kakak ipar

Menerusi video yang dikongsikan oleh pengguna TikTok, @meingl, seorang wanita meluahkan kesedihan yang dirasai apabila ibu mentua memintanya untuk menyerahkan salah seorang anak kembar tiganya kepada kakak ipar.

Wanita itu berkata, dia baru sahaja melahirkan anak kembar tiga pada bulan lepas, manakala kakak iparnya sudah tiga tahun menantikan cahaya mata pertama.

Malah, wanita itu turut berkongsi bahawa ibu mentua mengatakan ‘tidak luak’ pun seandainya dia menyerahkan seorang daripada anak kembar itu kepada kakak ipar.

Mendengar cadangan supaya menyerahkan darah daging sendiri untuk dibesarkan orang lain ternyata mengguris hatinya.

Lebih-lebih, dia sudah mengusung perut dan menahan sakit selama sembilan bulan, serta bertarung nyawa melahirkan cahaya mata itu.

Tidak cukup dengan itu, ibu mentua turut meminta suaminya memujuk dia supaya bersetuju dengan cadangan tersebut.

Wanita ini dan suaminya takkan menyerahkan bayi mereka

Walau bagaimanapun, dia bersyukur kerana suami berada di sisinya dan turut tidak bersetuju dengan cadangan ibu sendiri.

Malangnya, tindakan si suami mengundang kemarahan keluarga mentua sehingga digelar sebagai anak derhaka, anak tidak mengenang budi dan sebagainya.

Sementara itu, wanita berkenaan berkata dia tidak tahu sama ada kakak iparnya terlibat dalam membuat saranan tersebut atau ia hadir dari mulut ibu mentuanya semata-mata.

“Kalau nak menumpang kasih anak, boleh datang rumah bila-bila masa dia nak. Tak perlu nak main ambil anak orang seperti anak kucing,” kata wanita itu lagi.

BACA: Hasil Siasatan Konsisten, Punca Kematian Nidza Afham Masih Diklasifikasi Mati Mengejut

Menjengah ke ruang komen, rata-rata warga maya menyokong keputusan wanita itu untuk tidak akur dengan permintaan ibu mentuanya.

Kata mereka, setiap ibu sudah tentu mahu membesarkan anak sendiri dan tidak akan sesekali akan menyerahkan mereka kepada orang lain.

Sumber: @meingl via TikTok

Athirah

When nothing goes right, go left.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.