Lelaki Cemas, Alat Sulit Digigit Ular Hingga Berdarah Ketika Guna Tandas
Seorang lelaki di Thailand berdepan detik cemas selepas kemaluannya digigit ular ketika menggunakan tandas, lapor The Thaiger.
Insiden yang berlaku pada Isnin lalu itu dikongsikan sendiri oleh lelaki berkenaan menerusi satu hantaran yang dimuat naik di akaun Facebooknya.
Menurut lelaki itu, sudah menjadi rutin untuk dia menekan pam air terlebih dahulu sebelum menggunakan tandas berkenaan.
Ia bagi memastikan tiada benda asing berada dalam mangkuk tandas yang akan mengganggu ‘hajat’ yang hendak ditunaikan.
Begitupun, ternyata langkah berhati-hati yang diambilnya pada hari kejadian masih belum mencukupi.
Cemas ketika nak buang hajat, alat sulit digigit ular ketika gunakan tandas
Sebaik sahaja dia duduk di atas mangkuk tandas itu, dia segera merasa sakit dan pedih pada bahagian sensitif anggota badannya.
Merasa panik dan tertanya-tanya dengan apa yang terjadi, lelaki itu terus menjenguk dan memeriksa mangkuk tandas berkenaan.
Alangkah terkejutnya apabila dia mendapati ada seekor ular sedang menggigit pada bahagian kemaluannya.
Dia terus memegang ular sawa itu dan menarik sekuat hati sehingga reptilia berkenaan melepaskan gigitannya yang kuat.
Mujur ular yang menggigitnya tidak berbisa
“Pada masa itu, saya tidak berasa sakit tetapi sangat terkejut,” ujarnya seperti yang dilaporkan dalam The Thaiger.
Ular tersebut seterusnya cuba melarikan diri dengan kembali ke dalam mangkuk tandas. Namun lelaki itu bertindak menarik keluar haiwan berkenaan sebelum berjaya membunuhnya.
Selepas itu, dia segera bergegas ke hospital untuk mendapatkan rawatan. Berdasarkan gambar yang dikongsikannya, dapat dilihat tompok-tompok darah di atas lantai tandas itu.
Menurut The Thaiger lagi, doktor mengesahkan ular tersebut tidak berbisa. Namun bahagian kemaluan lelaki itu luka teruk akibat gigitan kuat ular berkenaan.
BACA: Lapan Kali Muhammad Hafizuddin Pecah Rekod Kebangsaan
BACA: Bahagia Dengan Tiga Isteri & 24 Anak, Lelaki Dedah Rahsia Rumah Tangga Harmoni
BACA: Penyanyi Yasin Dipenjara Seumur Hidup, 16 Kali Sebatan
Sumber: The Thaiger