Siakap Keli
lelaki tiga isteri 24 anak
Kredit: Tribun News

Bahagia Dengan Tiga Isteri & 24 Anak, Lelaki Dedah Rahsia Rumah Tangga Harmoni

Bahagia Dengan Tiga Isteri & 24 Anak, Lelaki Dedah Rahsia Rumah Tangga Harmoni

Seorang lelaki di wilayah Maluku Utara, Indonesia tular di media sosial selepas berkongsikan kisahnya yang bahagia di samping tiga isteri dan 24 orang anak, lapor portal Tribun News.

Umar Kei turut mendedahkan rahsia bagaimana dia mampu hidup harmoni dan aman damai bersama isteri-isteri serta anak-anaknya.

Menurut media tempatan, Umar Kei mengambil keputusan untuk berpoligami selepas mendapat izin daripada isteri pertama.

Difahamkan, dia membuat keputusan itu kerana mereka berdua tidak dikurniakan anak selepas tujuh tahun mendirikan rumah tangga.

Isteri pertama akhirnya hamil selepas kelahiran bayi sulung dari isteri kedua

“Isteri tua memberi izin, tetapi turut mengatakan ‘lihatlah suatu hari nanti saya pasti akan memiliki anak’,” kata Umar Kei seperti yang dilaporkan dalam Tribun News.

Ketika dia bernikah buat kali kedua, isteri pertama turut hadir sebagai teman dan berada disampingnya. Malah anak sulung bersama isteri keduanya turut diasuh dan dijaga oleh isteri pertamanya.

Selepas itu, Umar Kei ditakdirkan menimang cahaya mata, kali ini bersama isteri pertamanya. Ketika khabar gembira itu tiba, anak pertama Umar Kei bersama isteri keduanya baru berusia tiga bulan.

“Bermula daripada saat, rezeki saya untuk memiliki anak terus bertambah,” ujarnya.

Berlaku adil, tidak pilih kasih

Kemudian, Umar Kei mengambil keputusan untuk bernikah kali ketiga. Sehingga ke saat ini, dia memiliki 24 orang anak terdiri daripada 11 lelaki dan 13 perempuan bersama ketiga-tiga isterinya.

“Bagi saya, ia satu kegembiraan kerana anak itu adalah anugerah daripada Allah kepada kita sebagai hamba yang harus kita jaga dengan baik,” ujarnya lagi.

Menyingkap rahsia kebahagiaan rumah tangga, Umar Kei berkata berlaku adil adalah perkara yang perlu diutamakan.

Walaupun tinggal dalam satu kompleks kediaman yang sama, setiap isterinya disediakan rumah masing-masing.

Sementara itu, kompleks kediaman itu pula dilengkapi kolam renang, gelanggang badminton dan ruang ibadah khusus untuk keluarga besarnya.

Lelaki ada tiga isteri dan 24 anak kongsi rahsia keharmonian rumah tangga

Bagi isteri-isterinya, Umar Kei disifatkan sebagai seorang yang tidak pernah pilih kasih dan pandai membahagikan masa sama rata.

“Alhamdulillah, abang Umar Kei adil orangnya. Jadi, kami belajar untuk ikhlaskan hati dan anggap sahaja semuanya bersaudara,” ujarnya.

Oleh kerana telah menjadi ketua keluarga, Umar Kei sangat tegas dalam urusan ibadah solat dan mengaji,

Tribun News berkata apabila anak-anaknya melambatkan waktu solat atau malas membaca Al-Quran, dia tidak teragak-agak untuk mengingatkan mereka.

Perkara ini turut disahkan oleh anak-anak Umar Kei yang menyifatkan bapa mereka sebagai seorang yang penyayang, tetapi tegas dalam hal-hal agama.

BACA: Sasterawan Darma Mohammad Meninggal Dunia

Sumber: Tribun News

Athirah

When nothing goes right, go left.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.