Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

“Last Message Dia Bulan Lepas” - Rakan Atikah Sofiya Tak Sangka Itu Pesanan Terakhir

SOFIYA
Tangkap layar hantaran Threads/ @syazanasyariff

Kegembiraan menyaksikan perarakan Hari Kebangsaan 2026 bertukar tragedi apabila tiga sekeluarga antara empat individu maut dalam kemalangan membabitkan 11 kenderaan di Kilometer 110.4 Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT1), arah Lanchang menghala Kuantan, malam tadi.

Lebih memilukan, seorang pengguna Threads, Syazana Syariff berkongsi berita pemergian rakannya, Atikah Sofiya Mohd Kazwan, 32, yang maut bersama suami, Muhammad Nazatullah Nazmi, 32, serta anak mereka yang dikenali sebagai Arman.

Menerusi hantaran itu, Syazana berkata dia masih sukar menerima berita berkenaan memandangkan Allahyarham merupakan rakan, teman sebilik dan teman sekelasnya.

Kredit: Threads/ @syazanasyariff

“Ya Allah, sumpah tak boleh brain, baru tahu kawan aku meninggal. Suami isteri dengan anak sekali.

“Semalam pergi tengok perarakan dekat Dataran (Putrajaya). On the way balik accident. My roommate, my housemate, classmate,” katanya.

Menurut Syazana, Allahyarham Atikah sebelum ini turut memaklumkan hasrat untuk menghadiri majlis perkahwinannya yang bakal berlangsung.

“Last message dia bulan lepas cakap nak datang wedding saya. Sumpah sedih gila,” katanya.

Syazana turut berkongsi beberapa tangkap layar perbualan serta video status WhatsApp Allahyarham sebagai kenangan terakhir bersama rakannya itu.

Kredit: Threads/ @syazanasyariff

Sementara itu, Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Mohd Salahuddin Isa berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kemalangan itu pada 10.44 malam.

Katanya, nahas berkenaan membabitkan 11 kenderaan iaitu dua Proton Saga, dua Perodua Myvi, Toyota Alphard, bas ekspres, Proton S70, lori tangki, Honda CR-V, Toyota Hilux dan Perodua Aruz.

Dalam kejadian itu, empat individu disahkan maut manakala empat lagi cedera.

Punca sebenar kemalangan masih dalam siasatan pihak berkuasa.

Intipati
  • Atikah Sofiya maut bersama suami dan anak dalam kemalangan 11 kenderaan di LPT1.
  • Rakannya, Syazana Syariff, berkongsi pesanan terakhir Atikah yang mahu menghadiri majlis perkahwinannya.
  • JBPM Pahang memaklumkan empat maut dan empat cedera, manakala punca masih disiasat.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan