Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Syed Saddiq, Bella ‘Berguru’ Dengan Wan Azizah Sebelum Melangkah Ke Alam Rumah Tangga

SYED SADDIQ
Kredit: Threads Syed Saddiq

Hampir dua jam meluangkan masa bersama Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan tunangnya, Bella Astillah mengambil kesempatan mendapatkan nasihat mengenai alam perkahwinan.

Menerusi hantaran di Threads hari ini, Syed Saddiq menyifatkan Wan Azizah antara individu paling layak untuk berkongsi pandangan mengenai rumah tangga, pengorbanan dan kesetiaan.

Kredit: Threads Syed Saddiq

Menurutnya, pengalaman Wan Azizah mengharungi dunia politik selain menjalankan tanggungjawab sebagai isteri dan ibu menjadikan beliau cukup memahami cabaran serta pengorbanan dalam kehidupan berkeluarga.

“Kalau nak cari orang paling layak beri nasihat tentang rumah tangga, pengorbanan dan kesetiaan, susah nak lawan beliau.

“Beliau memahami selok-belok dunia politik. Beliau tahu besarnya pengorbanan seorang isteri dan seorang ibu.

“Diuji berkali-kali, dalam keadaan yang bukan mudah, tetapi tetap teguh dan setia bersama keluarga,” katanya.

Syed Saddiq turut menggelar Wan Azizah sebagai ‘Malaysia’s Compassionate Iron Lady’, susulan keteguhan dan kesetiaan beliau dalam mengharungi pelbagai cabaran kehidupan.

Ujarnya, beliau pernah mendapat penghormatan untuk berkhidmat bersama Wan Azizah ketika berada dalam Kabinet, pengalaman yang disifatkannya sebagai satu penghormatan dan keistimewaan yang sentiasa dihargai.

Dalam hantaran sama, Syed Saddiq turut menzahirkan penghargaan kepada Wan Azizah atas kesudian meluangkan masa berkongsi nasihat, cerita serta pesanan kepada mereka berdua.

“Insya-Allah nasihat itu kami bawa masuk ke alam perkahwinan,” katanya.

Perkongsian itu turut mencuri perhatian warganet yang melihat momen berkenaan sebagai satu pertemuan penuh makna buat pasangan tersebut sebelum melangkah ke alam rumah tangga.

Intipati
  • Syed Saddiq dan Bella Astillah bertemu Wan Azizah hampir dua jam untuk mendapatkan nasihat perkahwinan.
  • Syed Saddiq memuji pengalaman Wan Azizah sebagai isteri, ibu dan ahli politik berdepan cabaran.
  • Beliau menzahirkan penghargaan atas nasihat Wan Azizah yang mahu dibawa ke alam rumah tangga.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan