Tanah Runtuh Di Taman Bunga Raya, Penghuni Berhampiran Diarah Kosongkan Kediaman
Penghuni kediaman di Taman Bunga Raya telah diarahkan untuk mengosongkan rumah, hari ini.
Menurut Sinar Harian, ianya berikutan kejadian tanah runtuh yang berlaku di Jalan Genting Kelang-Kem Wardiburn.
Komander Operasi Pegawai Bomba Kanan II Muhammad Hasif Zakaria berkata, panggilan kecemasan berhubung kejadian itu diterima oleh Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur kira-kira jam 5.43 petang.
“Seramai enam anggota dan pegawai bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Wangsa Maju bergegas ke lokasi kejadian.
Sebuah rumah terjejas akibat tanah runtuh
“Setibanya pasukan bomba di lokasi, didapati terdapat kejadian tanah runtuh di kawasan lereng bukit,” katanya seperti yang dilaporkan dalam Sinar Harian.
Tambahnya lagi, berdasarkan maklumat yang diterima daripada pihak polis, penghuni rumah berhampiran lokasi tanah runtuh sudah pun diarah keluar.
Manakalan, di kawasan berkenaan masih terdapat pergerakan tanah berlaku.
“Operasi pemantauan masih diteruskan oleh anggota di lokasi kejadian. Setakat ini hanya sebuah rumah sahaja yang terlibat, bagaimanapun terdapat rumah yang berdekatan dengannya,” ujarnya lagi.
BACA: Muhammad Fakrul Pecah Rekod 400M Lari Berpagar Kebangsaan
Sumber: Sinar Harian